Tuesday, January 18, 2011

BENGKEL PENDEDAHAN FORMAT BAHARU BAHASA ARAB PMR

Satu bengkel pendedahan format baharu kertas Bahasa Arab PMR telah diadakan. Bengkel yang dihadiri oleh semua murid kelas KAA tingkatan 1 hingga 3 ini mendedahkan format baharu Bahasa Arab kertas 1 dan kertas 2. Bengkel yang berlangsung selama lima jam ini telah diisi dengan satu ceramah bermaklumat khususnya kepada bakal calon PMR. Murid-murid telah didedahkan asas-asas penguasaan bahasa Arab yang amat diperlukan khususnya sebagai persediaan untuk menduduki PMR. Antara lain murid ditekan agar menguasai at-Tasrif al-Af''al as-salasah, berkeupayaan membina ayat mudah jumlah ismiyah (al-mubtada' dan al-khabar) dan jumlah fi'liyah (al-feel, al-fael dan maf'ulun bih). Selain daripada itu murid juga perlu sedaya upaya untuk menguasai sebanyak mungkin perbendaharaan kata bahasa Arab dalam usaha membina ayat dan seterusnya menyiapkan sebuah karangan pendek.

No comments:

Post a Comment