Cool WidgetsStun MeStun Me

Monday, August 29, 2011

Khutbah Idul Fitri 1432 Hijriah Masjid At-Takwa RPR Sebiew Bintulu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر , الله أكبر, الله أكبر , الله أكبر . وللهِ الحَْمْدُ .
الله أكبر , عدد ما أفاض وأنعم , الله اكبر , ما توالت العطايا والنعم , الله أكبر,  عدد ما تفضّلَ وتكرَّمَ , الله أكبر , عدد ما شكر وأكرم , الله  أكبر , الله أكبر , الله أكبر , لا إله الا الله , والله أكبر ، ولله الحمد
أَشهَدُ أَنْ لا إِلَه إِلا الله وَحْدَه لا شَرِيْكَ لَه , لَه الْمُلْكُ وَلَه الحَْمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ . وَأَشْهَدُ أَنَّ محمدًا عَبْدُه وَرَسُوْلُه .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِين وَعَلَى آَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعين لهَمُْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ . فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Muslimin muslimat yang berbahagia, terlebih dahalu marilah sama-sama kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. atas segala limpahan nikmat dan kurniaan-Nya untuk kita semua. Bermula seawal di bulan Rejab dan disusuli Sya'ban lagi kita telah memohon agar hidup kita diberkati; dan kita mendoakan agar dipanjangkan umur sehingga Ramadhan.
اللهم بارك لنا في رجب وبارك لنا في شعبان وبلغنا رمضان
Justeru kalaulah kita dimatikan pada malam tadi, nescaya kita tetap akan berpuas hati dengan rahmat, keampunan dan jaminan pembebasan daripada api neraka oleh Allah s.w.t.. Namun apa yang nyata hingga ke pagi ini kita masih lagi bernyawa, dan kita tetap bersyukur apabila meninggalkan Ramadhan dalam keadaan fitrah seumpama bayi yang baru dilahirkan.

Setelah sebulan kita berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan, yakinlah bahawa Allah telah mengapunkan seluruh dosa-dosa kita yang lampau. Inilah yang dinamakan Idul Fitri yang dirayakan sebagai satu kegembiraan setelah kita berjaya kembali kepada fitrah, iaitu kepada keadaan yang suci daripada dosa. Justeru tidak ada sebab untuk kita bersedih pada hari yang berbahagia ini, kecuali sekiranya hari yang diraikan ini dan hari-hari yang mendatang bakal dicemari dengan pelbagai unsur maksiat, maka ketika itulah ianya patut dikesali.





أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ  
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ibadat puasa sebagaimana ianya telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudahan-mudah kamu bertakwa.

Sidang hadirin yang dihormati,
Kita mengharapkan daripada Allah s.w.t.  dengan ibadat puasa yang dilakukan semata-mata kerana-Nya, maka pada hari ini kita akan meneruskan kehidupan sebagai seorang yang betul-betul bertakwa. Kita bertakwa kepada Allah s.w.t. dalam erti kata yang tepat dan betul-betul kita memahaminya. Antara lain, sebagaimana takwa yang telah diterjemahkan oleh Sayidina Ali k.w. sebagai:
الخوف من الجليل , والعمل بالتنزيل , والرضا بالقليل , والإستعداد ليوم الرحيل
Sayidina Ali kw. menjelaskan takwa itu dapat direalisasikan apabila kita betul-betul takut kepada Tuhan Rabbul Jalil, kita mengamalkan semua aspek kehidupan berdasarkan apa yang telah digariskan di dalam al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t.; seterusnya kita reda dengan apa yang diperolehi yang walaupun sedikit; dan yang terakhir kita bersedia menghadapi hari kematian.

Sidang hadirin yang berbahagia, marilah kita menyambut hari raya pada kali ini dengan semangat baharu. Setelah sebulan kita melalui tarbiyah Ramadahan; kita telah dihidangkan dengan pelbagai hidangan rohani daripada segala bentuk ibadat khusus dan tazkirah yang memperingatkan kita kepada ketakwaan kepada Allah, maka tidak ada alasan lagi untuk kita meneruskan sesuatu budaya lama kalau ianya dilihat bertentangan dengan syariat Islam. Kita tidak pernah menafikan kegembiraan pada hari raya ini, namun segala bentuk keseronokan itu ada had dan batas yang tidak boleh rempuh begitu sahaja. Hidup kita adalah hidup bersyariat yang dipandu oleh al-Quran dan sunah. Ingatlah tidak ada sesuatupun yang hidup dan bernyawa kecuali semuanya akan mati dan musnah. Maka dengan sebab itu janganlah disia-siakan segala bentuk tarbiyah dan tazkirah Ramadhan yang telah didendang untuk halwa telinga kita tiap-tiap malam yang mengiringi setap solat tarawih.   
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ  
Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu semua dari kalangan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan pelbagai puak agar kamu dapat berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang lebih mulia disisi Allah hanyalah orang yang paling bertakwa. Sesunggunya Allah maha mengetahui dan begitu hehat pengetahuannya. – al-Hujurat:13

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, ketahuilah bahawa sambutan hari raya dalam Islam merupakan satu ibadat. Dengan sebab ianya suatu ibadat, maka marilah kita memenuhi hari kemenangan ini dengan suatu yang bakal membuka lembaran persaudaraan yang lebih utuh antara kita semua. Dalam keseronokan meraikan hari lebaran ini, kita saling menghulur tangan bermaaf-maafan dan berlapang dada memaafkan kesilapan antara satu sama lain. Tradisi kunjung mengunjung diteruskan dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, maka sama-samalah kita memelihara adab dan syariat dalam semua aspek yang kita harungi. Tidak ada yang lebih bermakna pada hari kemenangan ini kecuali ianya diraikan dengan semangat dan ruh Islam.

Sidang hadirin yang saya hormati, kita amat bertuah apabila ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali hanya berselang sehari dengan hari lebaran. Justeru itu saya mengambil kesempatan mengucapkan salam kemerdekaan melalui khutbah pada kali ini. Marilah sama-sama kita mendoakan agar negara kita terus aman dengan rakyatnya hidup bersatu padu saling hormat menghormati antara satu sama lain. Bersama tradisi rumah terbuka, maka bukalah pintu rumah seluas-luasnya menerima kunjungan sahabat dan taulan. Dalam pada itu sama-samalah kita membuka pintu hati dan berlapang dada seluasnya memaafkan salah dan silap terhadap saudara kita. Lupakanlah sedikit persengketaan yang lepas dengan salam persaudaraan sesama Islam.  
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$yJÎ6sù 7pyJômu z`ÏiB «!$# |MZÏ9 öNßgs9 ( öqs9ur |MYä. $ˆàsù xáÎ=xî É=ù=s)ø9$# (#qÒxÿR]w ô`ÏB y7Ï9öqym ( ß#ôã$$sù öNåk÷]tã öÏÿøótGó$#ur öNçlm; öNèdöÍr$x©ur Îû ͐öDF{$# ( #sŒÎ*sù |MøBztã ö@©.uqtGsù n?tã «!$# 4 ¨bÎ) ©!$# =Ïtä tû,Î#Ïj.uqtGßJø9$# ÇÊÎÒÈ    

No comments:

Post a Comment