Cool WidgetsStun MeStun Me

Thursday, April 5, 2012

KHUTBAH JUMAAT MASJID AT-TAKWA 6 APRIL 2012

الحمد لله القائل في كتابه الذي لا ريب فيه : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
tA$s% ÉQöqs)»tƒ }§øŠs9 Î1 ×'s#»n=|Ê ÓÍh_Å3»s9ur ×Aqßu `ÏiB Éb>§ šúüÏHs>»yèø9$# ÇÏÊÈ
öNä3äóÏk=t/é& ÏM»n=»yÍ În1u ßx|ÁRr&ur ö/ä3s9 ÞOn=÷ær&ur šÆÏB «!$# $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÏËÈ  
أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . اللهم صل على سيدنا محمد أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة    وبلّغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على آله وأصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره ووالاه . أما بعد .. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتَـمُوتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون .
Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. yang mana Allah taala telah mengutuskan baginda sebagai pembawa khabar gembira dan menyatakan amaran tentang kedatangan hari kiamat. Justeru baginda telah menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya, menyampaikan risalah Tuhannya serta menasihati umatnya dan baginda telah berjuang menegakkan agama Allah dengan sebenar-benar jihad.
Sidang Jumaat yang berbahagia, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, tuhan rabbul izzah dengan sebenar-benar ketakwaan, iaitu dengan menjunjung dan mentaati  segala titah perintah-Nya.  Pada hari yang penuh keberkatan ini saya mengambil kesempatan mewasiatkan agar kita semua kembali bertakwa kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa pasti akan memperolehi kejayaan.

Sidang Jumaat yang dikasihi, ketahuilah bahawa agama adalah sebuah nasihat, justeru dapatkan nasihat tersebut daripada sumber yang bertakwa. Daripada Tamim ad-Darry r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
﴿ الدين النصيحة ، قلنا لمن يا رسول الله ، قال : لله ولرسوله ولأئمة المسلين وعامتهم ﴾
Maksudnya: Agama adalah sebuah nasihat. Lalu para sahabat bertanya: "Untuk siapakah nasihat tersebut wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: Ianya untuk Allah, rasul-Nya, para pemimpin umat Islam dan untuk umat keseluruhannya.

Para ulama telah menjelaskan, maksud nasihat bagi Allah merupakan satu nasihat agar semua manusia kembali beriman kepada Allah dengan mensucikannya daripada segala sifat kekurangan dan melaksanakan segala perintah serta menjauhi segala larangan-Nya. Justeru apabila kita mengasihi seseorang atau membencinya, ianya adalah semata-mata kerana Allah, serta hendaklah kita berjihad menentang kekufuran dan sentiasa mensyukuri segala nikmat pemberian-Nya.
Sementara nasihat bagi Rasulullah s.a.w. pula ialah dengan mengaku dan yakin terhadap kerasulan nabi Muhammad s.a.w. serta beriman dengan semua perkara yang dibawa melalui risalah kerasulannya; dan nasihat bagi para pemimpin Islam pula bermaksud membantu mereka dalam semua perkara kebenaran. Maka dengan ini, kita akan berperanan memberi teguran dan mengkritik dengan baik terhadap sebarang bentuk kelalaian atas tanggungjawab mereka terhadap rakyat. Dalam pada itu jangan sekali-kali membohongi mereka dengan puji-pujian dusta untuk tujuan tertentu, bahkan sebaliknya sentiasalah berdoa utuk mereka agar dipelihara oleh Allah dan mampu menunaikan tanggungjawab dengan penuh amanah.

Sidang Jumaat yang berbahagia, Al-Quran telah merakamkan peranan dan tugas nabi Nuh dan nabi Hud a.s. sebagai penasihat yang telah diutuskan kepada kaum masing-masing. Firman Allah s.w.t.:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
öNä3äóÏk=t/é& ÏM»n=»yÍ În1u ßx|ÁRr&ur ö/ä3s9 ÞOn=÷ær&ur šÆÏB «!$# $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÏËÈ
Maksudnya: (Nabi Nuh menyatakan) (Tugasku ialah) menyampaikan kepada kamu semua akan segala perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku dan aku memberi nasihat kepada kamu, sedang aku cukup mengetahui (iaitu melalui wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak pernah mengetahuinya.

Dalam ayat lain, Allah s.w.t. telah berfirman:

öNà6äóÏk=t/é& ÏM»n=»yÍ În1u O$tRr&ur ö/ä3s9 îûüÏBr& îw¾¾$tR ÇÏÑÈ
Maksudnya: (Nabi Hud menyatakan) (Tugasku ialah) menyampaikan kepada kamu semua akan segala perintah (yang diutuskan oleh) Tuhanku dan aku adalah pemberi nasihat yang amanah bagi kamu semua.

Imam al-Habib Abdullah al-Haddad pernah menyatakan: "Apabila seseorang muslim meminta pandanganmu tentang sesuatu perkara dan ternyata apa yang baik pada pengetahuanmu adalah bertentangan dengan keinginannya, maka hendaklah kamu menyatakannya juga dengan ikhlas.

Ternyata nasihat yang diperlukan adalah bertujuan untuk memperolehi kebaikan atau menyelesaikan kesulitan, maka cubalah dapatkannya daripada sumber yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Sumber yang dimaksudkan sebagai penasihat hanyalah dalam kalangan orang-orang yang bertakwa kepada Allah. Dalam hal ini, al-Quran telah menggariskan peribadi yang bertakwa adalah merujuk kepada para ulama. Firman Allah s.w.t.:

$yJ¯RÎ) Óy´øƒs ©!$# ô`ÏB ÍnÏŠ$t6Ïã (#às¯»yJn=ãèø9$# 3 žcÎ) ©!$# îƒÍtã îqàÿxî ÇËÑÈ
Dan sebenarnya yang menyimpan rasa takut dan bimbang (daripada melanggar perintah Allah) dalam kalangan hamba-hambanya hanyalah para ulama. Sesungguhnya Allah maha perkasa lagi maha pengampun. – Fathir : 28

Sidang hadirin yang dihormati, apa yang digambarkan oleh Allah dalam ayat di atas sebagai orang yang takut kepada-Nya hanyalah daripada golongan para ulama. Ini bermakna para ulama merupakan sumber yang patut dicari bagi mendapatkan nasihat. Dalam hal ini, sifat takwa sahaja yang akan menunjangi keikhlasan dalam menyampaikan nasihat. Sayidina Umar al-Khattab r.a. pernah berkata: "Tidak ada sedikitpun kebaikan pada satu-satu kaum yang tidak ada pada mereka orang yang bertindak memberi nasihat; dan begitu juga, tidak ada kebaikan pada satu-satu kaum apabila mereka bencikan kepada orang-orang yang memberi nasihat.

Sidang hadirin yang dihormati, nasihat yang disampaikan dengan baik dan ikhlas nescaya akan memberi kesan yang positif terhadap penerimanya. Tidak mustahil keikhlasan nasihat yang disampaikan, meskipun pahit untuk ditelan, ianya amat diperlukan, umpama ubat yang walaupun pahit, ianya menjadi penawar kepada setiap penyakit. Lihatlah bagaimana sikap khalifah Umar bin Abdul Aziz yang begitu menghargai nasihat seorang ulama. Pernah diriwayatkan, suatu masa al-Imam Hasan al-Basri telah menulis  kepada khalifah Umar bin Abdul Aziz dengan satu nasihat yang berbunyi, katannya: "Walaupun tuan dipanjangkan umur seperti nabi Nuh a.s.; walaupun tuan mempunyai kerajaan seperti kerajaan nabi Sulaiman a.s.; walaupun tuan mempunyai keyakinan seperti nabi Ibrahim a.s. dan mempunyai kebijaksanaan seperti Luman al-Hakim. Namun tuan perlu sedar dan ingat tentang hakikat betapa ngerinya kematian yang ada dihadapan tuan dan dua tempat tinggal selepasnya, iaitu syurga dan neraka. Justeru, jika tuan tidak dimasukkan ke dalam syurga, pastinya tuan akan dihumban ke dalam neraka." Selepas membaca nasihat yang cukup berharga yang tiada sepertinya ini, khalifah Umar bin Abdul Aziz terus menangis semahunya.
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه , فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .

No comments:

Post a Comment