Wednesday, March 27, 2013

KHUTBAH JUMAAT MASJID AT-TAKWA 29 MAC 2013


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله القائل في كتابه العزيز : ﴿ يأيها الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا ونساءً واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله ، أرسله الله بشيرا ونذيرا بين يدي الساعة . فأدى الأمانة وبلّغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده . اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وأسوتنا وأمامنا محمدٍ الرحمة المُهدَاةُ والنَّعمةُ المُسدَاةُ وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه
أما بعد... فيا عباد الله , اتقوا الله حق تقاته , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى ، فقد فاز المتقون
Sidang Jumaat yang dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta berusahalah mencari bekalan untuk kehidupan akhirat; dan sebaik-baik bekalan ialah takwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Ruang khutbah yang diberikan pada hari yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil kesempatan memperkatakan satu isu berkaitan dengan kedudukan dan kemulian kaum wanita yang dijamin oleh hukum dan adab-adab Islam. Walaupun sidang hadirin pada perhimpunan Jumaat ini hanya dihadiri oleh kaum adam, namun tidak bermakna isu ini tidak sesuai diperkatakan. Tuan-tuan kaum muslimin yang hadir pada hari ini adalah pemimpin ke atas setiap kaum wanita, justeru tiada yang ganjilnya kalau saya cuba mengetengahkan isu khusus  bagi memuliakan kaum wanita.

Sidang hadirin yang dimuliakan, mutakhir ini memperlihatkan suatu zaman kebangkitan dan kelantangan segelintir kaum wanita dalam memperjuangkan hak kesamarataan dengan kaum lelaki. Menggunakan asas istilah kebebasan berfikir dan tidak mahu terikat dengan peradaban tradisional, maka kaum wanita mula menuntut hak dan menentang apa yang disifatkan sebagai mengongkong kebebasan mereka. Semua ini adalah berpunca daripada cetusan pemikiran Barat, termasuk orientalis yang memang berniat jahat terhadap Islam. Para orientalis yang giat mengkaji tentang agama Islam daripada pelbagai sudut termasuk akidah, syariat dan pelbagai cabang keilmuan islam, tanpa disertai ruh iman, maka mereka mula menyerang Islam dan hukum hakam yang telah digariskan oleh Islam. 

Kesannya, dengan sogokan kekeliruan daripada tokoh-tokoh orientalis Barat, maka pemikiran segelintir kaum wanita telah dapat dipengaruhi. Antara lain mereka mendakwa,adalah menjadi hak bagi kaum wanita untuk menuntut kesamarataan dalam semua aspek. Umpamnya, ada dalam kalangan kaum wanita yang cuba menuntut disamaratakan pembahagian pusaka antara waris lelaki dengan perempuan. Walhal dalam masalah faraid , dengan jelas Allah s.w.t. telah berfirman:

ÞOä3ŠÏ¹qムª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( ̍x.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4
Maksdunya: Allah telah memerintahkan kamu (dalam pembahagian pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai bahagian dua anak perempuan … - an-Nisa’ : 11

Seterusnya  Allah s.w.t. berfirman:

ÆtBur ÄÈ÷ètƒ ©!$# ¼ã&s!qßuur £yètGtƒur ¼çnyŠrßãn ã&ù#Åzôム#·$tR #V$Î#»yz $ygÏù ¼ã&s!ur ÑU#xtã ÑúüÎgB ÇÊÍÈ  
Maksudnya: Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nya dan melampaui batas-batas syariat-Nya akan dimasukkan ke dalam api  neraka, kekal di dalamnya dan baginya azab seksaan yang amat hina. – an-Nisa’ : 14

Begitulah Allah memberi amaran dengan menjanjikan azab seksaan kepada hambanya yang mengingkari ketetapan hukum-Nya.

Sidang hadirin yang berbahagia, masalah hijab atau pemakaian tudung kepala juga masih dipertikai, sehingga mengelirukan pemikiran kanak-kanak yang mula mancapai umur baligh. Ketetapan syariat ini dipertikai  dan didakwa sebagai suatu perkara yang mencabuli hak kebebasan manusia khususnya kaum wanita. Kita dapat mendengar banyak kritikan bersama tohmahan terhadap ketidaksempurnaan hukum Islam sama ada oleh individu-individu mahupun melalui saluran pertubuhan-pertubuhan wanita. Sebenarnya banyak perkara yang disuarakan oleh para ulama mutakhir tentang hukum yang berkaitan dengan kaum wanita adalah besandarkan kepada nas al-Quran dan hadis. Dalam pada itu para ulama kita tidak pernah mengabaikan penjelasan dari aspek hikmat pensyariatan dan kesan mengingkari ketetapan hukum-hukum tersebut.
Sidang Jumaat yang berbahagia, Walaupun kadang-kadang pada zahirnya seolah-olah dilihat Islam banyak membatasi pergerakan kaum wanita, namun bukan bermakna Islam terus mengongkong perjalanan hidup mereka secara mutlak. Pensyariatan hijab ternyata begitu mudah kita memahami hikmatnya, betapa Islam memandang tinggi kemuliaan wanita dengan tidak bersetuju aurat mereka menjadi bahan tontonan dan perhatian kaum lelaki. Selain daripada itu, betapa Islam memuliakan maruah kaum wanita, kita dapat perhatikan melalui pensyariatan hukum qazaf. Islam telah mewajibkan satu tindakan hukuman secara pasti ke atas sesiapa yang melemparkan tuduhan zina terhadap seorang wanita yang baik. Justeru tuduhan tanpa disertai dengan empat orang saksi yang adil bakal berdepan dengan hukuman qazaf, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan serta ditolak setiap persaksiannya pada masa akan datang.

Sementara dalam hubungan rumah tangga pula, Islam telah memberi hak yang jelas kepada seorang isteri. Bermula daripada kewajipan nafkah ke atas seorang suami hinggalah hak kepada seorang isteri untuk untuk melepaskan ikatan perkahwinan dalam masalah yang tertentu seperti apa yang dinamakan sebagai ‘khuluk’ atau tebus talak.
Sidang hadirin yang dimuliakan, sebenarnya terlalu banyak untuk diperkatakan bagi menjelaskan kemuliaan kaum wanita menurut pandangan Islam, namun masa yang terbatas dalam kesempatan ini memaksa saya terus merumuskan; sesungguhnya pandangan dan dakwaan yang amat meragukan dan cuba menyeleweng pemikiran umat Islam daripada kefahaman berlandaskan syariat amat perlu disanggah oleh para ulama masa kini. Pemikiran yang menyeleweng ini, yang mula mempengaruhi segelintir kaum wanita pastinya akan membawa kesan buruk kepada masyarakat islam.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ª!$#ur ߃̍ムbr& z>qçGtƒ öNà6øn=tæ ߃̍ãƒur šúïÏ%©!$# tbqãèÎ7­Gtƒ ÏNºuqpk¤9$# br& (#qè=ŠÏÿsC ¸xøŠtB $VJŠÏàtã ÇËÐÈ  

Dan Allah (sebenarnya) mahu (membersihkan kamu dari dosa-dosa) dengan menerima taubat kamu; sedangkan orang-orang (yang fasiq) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah) mahu (mendorong kamu) supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar  bahayanya. – an-Nisa’ : 27.

بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات  فاستغفروه  فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .






 



No comments:

Post a Comment