Cool WidgetsStun MeStun Me

Wednesday, May 29, 2013

KHUTBAH JUMAAT MASJID AT-TAQWA 31 MEI 2013 : ISRA' MI'RAJ


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي أوجدنا من العدم ، وفضلنا بالإسلام على كثير من الأمم ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله ، أرسله الله بشيرا ونذيرا بين يدي الساعة . فأدى الأمانة وبلغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده . اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وأسوتنا وأمامنا محمدٍ الرحمة المُهدَاةُ والنَّعمةُ المُسدَاةُ وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه
أما بعد... فيا عباد الله , اتقوا الله حق تقاته , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى ، فقد فاز المتقون .
Sidang hadirin yang dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya serta berusahalah mencari bekalan untuk kehidupan akhirat; dan sebaik-baik bekalan ialah takwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa.

Dalam kesempatan khutbah pada bulan Rajab ini, sukacita saya menarik perhatian tuan-tuan sidang hadirin untuk memperkatakan sesuatu yang dapat kita hayati bersama berkaitan dengan peristiwa agung yang berlaku ke atas baginda s.a.w., iaitu peristiwa isra' dan mi'raj.

Sidang hadirin yang berbahagia, marilah sama-sama kita mendengar dan memahami firman Allah s.w.t.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uŽó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 šÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtƒÎŽã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»tƒ#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìŠÏJ¡¡9$# 玍ÅÁt7ø9$# ÇÊÈ     
Maksudnya: Maha suci Allah yang telah mengadakan suatu perjalanan pada waktu malam ke atas hamba-Nya dari Masjidil Haram (di Makah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang mana telah Kami berkati di sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya akan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha mendengar lagi maha melihat. – Surah al-Isra' :1

Dalam pada kita memperingati sambutan peristiwa isra' mikraj yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita apabila menjelang 27 Rajab, maka saya turut mangambil kesempatan untuk memperkatakan tentang peristiwa ini, iaitu suatu peristiwa yang bukan sahaja menguji Rasulullah s.a.w., bahkan turut menguji seluruh manusia, khususnya orang-orang yang beriman. Ianya bakal menguji sejauh mana tahap keimanan mereka kepada Allah s.w.t., keimanan mereka kepada Rasulullah dan keimanan mereka tentang perkara-perkara ghaib, iaitu perkara yang tidak mampu dilihat oleh mata kasar dan tidak dapat dirasai oleh manusia yang lemah ini.

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Sesungguhhnya peristiwa isra’ dan mikraj ini merupakan salah satu peristiwa bersejarah yang bersifat mukjizat yang menceriakan hati, menghidupkan jiwa dan menghembus angin segar bagi sebuah harapan. Ia merupakan sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. yang maha besar kepada kekasihnya, penutup sekalian nabi dan rasul serta penghulu para anbia’ sekaliannya.

Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. telah dijemput oleh Allah s.w.t. bagi memuliakan baginda dengan menjadi tetamu Allah s.a.w.. Jemputan khusus ke atas Rasulullah s.a..w. ini diterima ketika baginda menghadapi ujian yang begitu besar  di Makah dengan para sahabat baginda turut dizalimi dan diseksa. Bahkan umat Islam ketika itu secara keseluruhannya menghadapi pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi. Dan sebenarnya inilah syarat yang penting bagi orang-orang yang beriman yang telah dipilih oleh Allah s.w.t. untuk memperjuangkan agama-Nya.
 Justeru tidak hairanlah kalau kita sekarang sebagai seorang yang memperjuangkan syariat Allah dan sebuah keadilan  di muka bumi ini menghadapai pelbagai bentuk mehnah dan trubulasi sehingga ditangguhkan sebuah kejayaan. Ingatlah, sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengiktiraf seseorang daripada kamu untuk mendakwa telah beriman, apatah lagi untuk mendakwa telah memperjuangkan agama Allah sehinggalah kamu diuji.
Firman Allah s.w.t.:

|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uŽøIムbr& (#þqä9qà)tƒ $¨YtB#uä öNèdur Ÿw tbqãZtFøÿムÇËÈ   ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# šúïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ  
Maksudnya: Apakah patut manusia itu manyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami telah beriman"  Sedangkan mereka tidak pernah diuji (dengan sesuatu ujian). Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian itu) ternyata Allah mengetahui tentang orang-orang yang benar-benar beriman dan orang-orang yang berdusta. – al-Ankabut :2-3

Sidang Jumaat yang dihormati, di saat Rasulullah s.a.w. dikepung dalam negerinya sendiri iaitu di Makah al-Mukaramah, seluruh kuasa besar dunia pada masa itu menunjukkan tanda-tanda penentangan terhadap Islam, termasuklah penganut- penganut agama Samawi daripada Yahudi dan Nasrani, serta kaum musyrikin keseluruhannya. Bayangkan, bagaimana rumitnya Rasululullah yang dilantik untuk membawa Islam dalam dunia yang begitu gelap dan menghadapi kepungan yang sangat dahsyat. Tugas rasalulullah ini dapat dibayangkan  seolah-olahnya baginda membawa sebuah pelita pada sebuah lorong yang begitu gelap, yang berlumpur dan berduri serta menghadapi tiupan angin yang sentiasa mencari peluang untuk memadam api pelita yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Firman Allah s.w.t.:

ttbr߃̍ム(#qä«ÏÿôÜãÏ9 uqçR «!$# öNÎgÏdºuqøùr'Î/ ª!$#ur LÉêãB ¾ÍnÍqçR öqs9ur on̍Ÿ2 tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÑÈ  
Maksudnya: mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun tidak disukai oleh orang-orang kafir (akan yang demikian itu).


Maka ketika itu Allah s.w.t. meredakan keadaan dengan menjemput Rasulullah s.a.w. naik ke langit bagi memperlihatkan keagungan dan kekuasaan-Nya. Baginda s.a.w. diperlihatkan semua bentuk alam ciptaan Allah, daripada alam bumi dan langit serta alam barzakh dan alam akhirat. Begitu jauh perjalanan Rasulullah yang mengatasi segala bentuk cakrawala dan bertemu dengan para anbia' dan malaikat. Baginda turut diperlihatkan syurga sebagai tempat balasan nikmat untuk hamba-hamba Allah yang taat serta neraka sebagai tempat balasan azab atas kekufuran manusia terhadap Allah s.w.t.

Sidang hadirin yang dikasihi, semua ini ditunjukkan oleh Allah s..w.t. dalam suatu perjalanan yang hanya berlangsung dalam satu malam sahaja. Lihatlah masa yang begitu panjang dan perjalanan yang begitu jauh telah dirumuskan oleh Allah s.w.t. yang maha kuasa dalam satu malam sahaja. Ini membuktikan betapa musuh-musuh Allah yang menentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah seumpama debu yang halus jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah s.a.w.. Justeru tidak menjadi masalah kepada Rasulullah s.a.w. yang akan meneruskan perjuangan menegakkan Islam dan bakal diteruskan oleh umat baginda hingga hari kiamat, kerana telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa segala-galanya berada di bawah naungan dan kekuasaan-Nya.

Segala bentuk pertembungan antara hak dan batil, benar dan salah, adil dan zalim, iman dan kufur, Islam dan Jahiliah merupakan ujian daripada Allah s.w.t. untuk menguji manusia, siapakah yang benar-benar beriman kepada Allah, para rasul-Nya dan perkara-perkara yang ghaib. Maka peristiwa isra' dan mikraj dapat difahami sebagai satu gambaran tentang kekuasaan Allah untuk menguji manusia, bukan sahaja di zaman Rasulullah s.a.w., bahkan pada zaman kita sekarang dan juga hari-hari yang akan datang.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
øŒÎ)ur $uZù=è% šs9 ¨bÎ) š­/u xÞ%tnr& Ĩ$¨Z9$$Î/ 4 $tBur $uZù=yèy_ $tƒöä9$# ûÓÉL©9$# y7»oY÷ƒur& žwÎ) ZpuZ÷FÏù Ĩ$¨Z=Ïj9 notyf¤±9$#ur sptRqãèù=yJø9$# Îû Èb#uäöà)ø9$# 4 öNßgèùÈhqsƒéUur $yJsù öNèd߃Ìtƒ žwÎ) $YZ»uøóèÛ #ZŽÎ7x. ÇÏÉÈ  
Maksudnya:Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad) Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu dan kekuasaan-Nya). Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada (malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai satu ujian bagi manusia. Dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat di dalam al-Quran. Dan Kami berikan mereka rasa takut (dengan berbagai-bagai amaran). Maka semuanya itu tidak akan menambahkan untuk mereka melainkan kekufuran yang semakin melampau. – al-Isra' :60

بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه , فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .