Cool WidgetsStun MeStun Me

Thursday, June 23, 2011

KHUTBAH JUMAAT: MENGIMARAHKAN MASJID (JUMAAT 24 JUN 2011)

الحمد لله الذي أمرنا أن نصلي على رسوله ولم يزل قائلا عليما (إن الله وملائكته يصلون على النبي ياأيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما) اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والختام لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله وصحبه حق قدره ومقداره العظيم . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . أما بعد , فيا عباد الله , اتقوا الله تعالى حق تقاته , أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون .
Sidang Jumaat yang berbahagia, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, tuhan rabbul izzah dengan sebenar-benar ketakwaan, iaitu dengan menjunjung dan mentaati  segala titah perintah-Nya. Justeru pada hari yang penuh keberkatan ini saya mengambil kesempatan mewasiatkan agar kita semua kembali bertakwa kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa pasti akan memperolehi kejayaan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$yJ¯RÎ) ãßJ÷ètƒ yÉf»|¡tB «!$# ô`tB šÆtB#uä «!$$Î/ ÏQöquø9$#ur ̍ÅzFy$# tP$s%r&ur no4qn=¢Á9$# tA#uäur no4qŸ2¨9$# óOs9ur |·øƒs žwÎ) ©!$# ( #|¤yèsù y7Í´¯»s9'ré& br& (#qçRqä3tƒ z`ÏB šúïÏtFôgßJø9$# ÇÊÑÈ  
Sesungguhnya hanya Yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (justeru dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka  akan menjadi orang yang mendapat petunjuk.- at-Taubah : 18

Sidang Jumaat yang berbahagia, kita amat bersyukur atas nikmat kurniaan Allah yang telah mentakdirkan kewujudan sebuah institusi yang bakal menjadi lapangan untuk kita semua mempereratkan ukhuwah dan persaudaraan. Maka dengan keizinan daripada pihak berkuasa agama memperakukan taraf  surau atau masjid kita ini sebagai tempat bagi menunaikan solat Jumaat, marilah kita sama-sama memperhebatkan usaha menjadikannya sebagai sebuah institusi yang bakal melahirkan masyarakat yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.

Sidang Jumaat yang budiman, dengan segala usaha menghidup dan memakmurkan masjid yang telah digembeling oleh mana-mana pihak sekalipun, marilah kita sama-sama bersaksi, sesungguhnya kalian bakal dianugerahi dengan sebuah rumah di dalam syurga kelak.

Sabda Rasulullah s.a.w.:
من بنى لله مسجدا ولو كَمِفْحَصٍ قَطَاةٍ , بنى الله له بيتا في الجنة
Maksudnya:
Sesiapa yang telah membina sebuah masjid (kerana mengharapkan keredaan Allah) yang walaupun hanya seumpama sebuah reban ayam nescaya Allah akan membina baginya sebuah rumah di dalam syurga kelak.
Sidang hadirin yang berbahagia, Sesungguhnya panji-panji Islam hanya akan bangkit di atas dasar perkenalan sesama muslim, persaudaraan dan tolong menolong sesama mereka untuk menyatakan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Tidak ada lapangan atau tempat yang lebih baik dan harmoni untuk menyempurnakan persaudaraan itu melainkan di dalam masjid, iaitu ketika umat Islam dapat bertemu sesama mereka untuk mendirikan solat secara berjamaah sebanyak lima kali setiap hari.
Walaupun kepentingan dan kemaslahatan dunia kadang-kadang boleh memecahbelahkan manusia dan boleh mencetuskan perasaan hasad dengki, namun pertemuan secara berterusan dalam menunaikan ibadah solat secara berjamaah merupakan suatu perkara yang boleh memecahkan benteng permusuhan dan perbezaan itu, sekiranya kedatangan dan kehadiran di masjid itu dengan niat yang suci serta  tulus ikhlas dan bukan menjadi orang munafik yang menunjuk-nunjuk dan bermegah dengan ibadahnya.
Dalam pada itu, saya secara peribadi suka menyatakan, antara usaha untuk mengimarahkan masjid ialah dengan memenuhi tuntutan keperluan rohani dengan menghadiri kuliyah-kuliyah pengajian agama. Ringkasnya, abaikan soal siapa yang manyampaikan, bahkan lihat dan pertimbangkan apa yang disampaikan. Pujangga menyatakan, bertuahlah seorang lelaki yang menyedari betapa dirinya tidak mengetahui akan sesuatu; dan  malangnya seorang lelaki yang tidak menyedari betapa dirinya yang tidak mengetahui akan sesuatu.
Firman Allah s.w.t.:
3 ö@è% ö@yd ÈqtGó¡o tûïÏ%©!$# tbqçHs>ôètƒ tûïÏ%©!$#ur Ÿw tbqßJn=ôètƒ 3 $yJ¯RÎ) ㍩.xtGtƒ (#qä9'ré& É=»t7ø9F{$# ÇÒÈ
Katakanlah: "Adakah sama antara orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan itulah orang-orang yang berakal sempurna.
 Untuk pengetahuan hadirin sekalian, suka saya nyatakan, di surau kita ini telah dilangsungkan tidak kurang tiga kuliyah secara bersiri setiap minggu.
Terlalu banyak yang boleh diperkatakan apabila kita mengutarakan persoalan mengimarahkan masjid. Namun apa yang penting, semua pihak mestilah ikhlas dan memperbetulkan niat untuk mengimarahkannya, bersedia untuk memperbaiki diri dengan harapan memperolehi keredaan Allah s.w.t.
Ingatlah bahawa masjid adalah rumah Allah SWT yang mesti dijaga dengan sebaik-baiknya, sama ada dari segi kebersihan hati setiap jamaah, kebersihan fizikal masjid serta penggunaan dan pentadbiran yang amanah dan jujur dan sebagainya.


أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw ö/ä3Îgù=è? öNä3ä9ºuqøBr& Iwur öNà2ß»s9÷rr& `tã ̍ò2ÏŒ «!$# 4 `tBur ö@yèøÿtƒ y7Ï9ºsŒ y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrçŽÅ£»yø9$# ÇÒÈ 
Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi. – al-Munafiqun : 9
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه , فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .