Cool WidgetsStun MeStun Me

Wednesday, November 9, 2011

KHUTBAH JUMAAT SURAU AT-TAKWA RPR SEBIEW (JUMAAT 11 NOV 2011)

INSTITUSI PENDIDIKAN : PERANAN GURU DALAM MEMBINA MANUSIA YANG BERSIFAT HAMBA ALLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السمواتِ و الأرض و هو على كل شئ قدير .  و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفةِ الأحكام . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . اللهم صل على سيدنا محمد أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على آله وأصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه . أما بعد .. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون .
Segala puji bagi Allah, Tuhan sebagai hakim yang memutus dengan penuh keadilan, lemah-lembut dan maha tinggi pengetahuan-Nya. Tuhan yang baginya kekuasaan penuh terhadap langit dan bumi. Baginya juga kekuasaan penuh mengatasi segala-galanya. Segala puji juga bagi Allah, Tuhan yang telah meletakkan ketinggian darjat para ulama yang telah menampilkan ketegasan hujah-hujah keagamaan dan memahami hukum-hukum agama.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. yang mana Allah telah mengutusnya sebagai pembawa berita gembira dan juga peringatan sebagai satu amaran.
Sidang hadirin yang dihormati, sesungguhnya sesuatu ilmu itu tidak akan datang dengan sendirinya. Justeru ianya mesti dituntut dan dipelajari daripada sumbernya yang sebenar, sebagaimana firman Allah s.w.t.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$tBur šc%x. tbqãZÏB÷sßJø9$# (#rãÏÿYuŠÏ9 Zp©ù!$Ÿ2 4 Ÿwöqn=sù txÿtR `ÏB Èe@ä. 7ps%öÏù öNåk÷]ÏiB ×pxÿͬ!$sÛ (#qßg¤)xÿtGuŠÏj9 Îû Ç`ƒÏe$!$# (#râÉYãŠÏ9ur óOßgtBöqs% #sŒÎ) (#þqãèy_u öNÍköŽs9Î) óOßg¯=yès9 šcrâxøts ÇÊËËÈ
 Maksudnya: Dan tidak sepatutnya orang-orang yang beriman keluar semuanya (untuk pergi berperang). (Bahkan) sepatutnya hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada mereka, supaya orang-orang yang( tinggal itu) dapat mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama: dan supaya mereka dapat mengajar kaum mereka (yang keluar berjuang) setelah mereka kembali. Mudah-mudahan mereka berjaga-jaga (daripada melakukan larangan Allah).  - At-Taubah : 122
Sidang hadirin, sesungguhnya setiap manusia itu tidak semuanya mampu untuk menumpukan sepenuh masa  bagi mendalami ilmu agama. Justeru itu satu usaha mesti dilakukan oleh ahli masyarakat untuk menghantar dan membiayai beberapa orang bagi melanjutkan pelajaran dan mendalami ilmu agama. Firman Allah seperti ayat yang dibacakan tadi dengan jelas memerintahkan supaya segolongan daripada ahli masyarakat pergi mempelajari dan mendalami ilmu hingga mereka mencapai tahap 'ahlazzkri' untuk menjadi sebagai tempat rujukan dalam masyarakat, sebagaimana firman Allah s.w.t.:
4 (#þqè=t«ó¡sù Ÿ@÷dr& ̍ø.Ïe%!$# bÎ) óOçGYä. Ÿw tbqçHs>÷ès? ÇÍÌÈ
Maksdunya: Maka bertanyalah kepada 'ahlazzikri' (iaitu orang yang mengetahui), jika kamu tidak mengetahui. – An-Nahl : 43
'Ahlazzkri' bererti seorang yang ahli atau pakar dalam ilmu wahyu, yang sentiasa ingat kepada Allah s.w.t.. Justeru itu 'ahlazzikri' akan menjadi satu sumber sebagai tempat rujukan oleh masyarakat setempat dalam menjelaskan sesuatu kemusykilan tentang masalah keagamaan.
Dalam pada itu, selain daripada dalil-dalil daripada al-Quran, terdapat banyak hadis atau sunah rasulullah s.a.w. yang menjelaskan perkara ini. Baginda s.a.w. sebagai seorang rasul pastinya merupakan orang yang paling mampu dan tepat dalam mentafsirkan al-Quran. Justeru Nabi s.a.w. banyak memperkatakan tentang keutamaan menuntut ilmu pengetahuan. Betapa baginda yang amat mengetahui tentang peri pentingnya ilmu pengetahuan telah bersabda:
من سلك طريقا يطلب فيه علما سلك الله به طريقا إلى الجنة
Maksudnya: Sesiapa yang menempuh satu jalan (dengan tujuan) untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah akan melorongkan baginya jalan menuju ke syurga.
Ketahuilah, jika tuhan yang telah mencipta syurga, telah berjanji untuk memimpin seseorang dan menunjukkan jalan ke syurga, maka alangkah bertuah orang itu; dan sekali lagi dinyatakan itulah orang yang telah berusaha menuntut ilmu pengetahuan.
Dalam hadis lain Rasulullah s.a.w. bersabda:
فضل العالم على العابد كفضل القمر ليلةَ البدْر على سائر الكواكب
Maksudnya: Kelebihan seorang 'alim (atau orang yang berilmu pengetahuan) berbanding dengan seorang 'abid (atau seorang yang semata-mata beribadat) seumpama kelebihan cahaya  bulan purnama yang mengatasi seluruh bintang-bintang yang berserakan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, dalam kesempatan menyampaikan khutbah pada hari ini, sukacita saya menarik perhatian tuan-tuan untuk melihat kepada proses menuntut ilmu pengetahuan atau  proses pendidikan dalam konteks sebuah institusi pendidikan yang menampilkan peranan guru sebagai pendidik yang begitu mengharapkan satu sikap 'tasamuh' dan 'ta'awun' daripada pihak ibu bapa yang telah menghantar anak-anak ke sekolah sebagai satu amanah untuk dibentuk menjadi manusia yang bersifat hamba kepada Allah. 'Tasamuh' dan 'ta'awun' yang maksudkan ialah suatu sikap daripada ibu bapa yang berusaha mempermudahkan urusan guru dan sikap kerjasama dalam usaha membentuk seorang murid manjadi manusia.
Terlalu banyak kalau hendak diperkatakan tentang keperluan 'tasamuh' dan 'ta'awun' daripada pihak ibu bapa dalam usaha menjayakan proses pendidikan ini, sama ada dari aspek akademik mahupun disiplin.  
Sidang hadirin yang dihormati, bukan bermakna apabila saya sebagai seorang guru, maka saya melihat perkara ini sebagai satu kepentingan untuk kerjaya bagi pihak seorang guru semata-mata. Bahkan tiada sedikitpun kepentingan apabila memperkatakan kepincangan dalam hubungan dua hala antara guru dengan ibu bapa, kecuali ianya hanya untuk menjamin kejayaan dalam membina generasi pewaris bumi bertuah ini.
Dalam menangani masalah murid oleh seorang guru, sama ada dari aspek akademik mahupun disiplin kadang-kadang mungkin wujud suatu yang dinamakan sebagai melanggar hak asasi, namun ianya bukan bermakna tindakan guru itu terlalu salah dan mesti dihukum.
Dalam hal ini,, cubalah kita sama-sama memahami sabda Rasulullah s.a.w.:
مروا أولادكم بالصلاة وهم أبناء سبع سنين واضربوهم عليها وهم أبناء عشر وفارقوهم عن المضاجع
Maksudnya: Perintahkanlah anak-anak kamu untuk menunaikan solat apabila mereka mencapai umur tujuh tahun dan pukullah mereka apabila mereka enggan menunaikannya setelah mereka berumur sepuluh tahun; dan asingkanlah mereka (antara lelaki dan perempuan) daripada tempat tidur.
Maka dalam konteks memberi pendidikan, suatu tindakan hukuman yang bersifat memukul bukanlah suatu yang bertentangan dengan syariat selagi ianya mengikut panduan yang yang telah digariskan oleh syarak; antara lain ianya tidak mendatangkan kecederaan kepada anak-anak tersebut. Inilah satu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Justeru dalam konteks sebuah institusi pendidikan, peranan ibu bapa akan turut dimainkan oleh guru-guru yang seharusnya mempunyai sifat keibubapaan.
Sidang hadirin yang saya hormati, Saya bukan bermaksud untuk menjelaskan betapa guru adalah segala-galanya dan tidak boleh disentuh atau dipersalahkan, namun ketahuilah betapa seorang guru dan murid merupakan dua insan yang berkongsi dalam memperolehi pahala kebajikan. Guru dengan sifatnya mendidik dan murid pula sifatnya adalah menuntut ilmu pengetahuan. Justeru kedua-duanya akan beroleh pahala kebajikan yang tidak ada pada pihak yang ketigannya.
Dalam pada itu, kesempatan khutbah pada hari yang berbahagia ini, ingin saya mengambil kesempatan berkongsi wasiat dan saranan, khususnya bagi guru-guru dari semenanjung tanah air yang masih ditakdirkan bertugas di bumi bertuah ini, teruskan kesungguhan menunaikan amanah dan tanggungjawab mendidik dan membentuk generasi masa depan yang bakal mewarisi tampuk khilafah pada masa hadapan. Sesungguhnya terlalu kecil nilai upah yang bersifat keduniaan yang diharapkan jika dibandingkan dengan pengorbanan meninggalkan ibu bapa dan sanak saudara. Justeru itu tiada yang lebih baik sebagai galang gantinya kecuali dengan mencurahkan bakti sepenuhnya kepada masyarakat setempat. Ingatlah di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung. Peranan mendidik dan menyebar ilmu pengetahuan terlalu amat tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t.
قال صلى الله عليه وسلم ﴿ إنّ اللهَ سبحانَهُ وملائكتَه وأهلَ سماواتِهِ وأرضِه حتى النملةَ فِي حُجْرِهَا وحتى الحُوتَ فِي البحر لَيُصَلُّونَ علَى مُعَلِّمِ الناسِ الخَيرَ ﴾
Maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t. dan para malaikatnya serta seluruh penghuni langit dan bumi, termasuklah semut-semut yang mendiami lubang-lubangnya dan juga ikan di lautan semuanya memohon kerahmatan bagi seorang guru yang mengajar akan kebaikan kepada orang ramai.
Sidang hadirin yang hormati,   
Pujangga pernah mengatakan:   
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat 
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat 
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat 
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa 
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta 
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara 
Jika hari ini seorang ulama yang mulia 
Jika hari ini seorang peguam menang bicara 
Jika hari ini seorang penulis terkemuka 
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; 
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa 
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis (dan) baca.
(Sasterawan Negara Usman Awang)
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه , فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .