السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر الله اکبر ولله الحمد . الله اکبر عدد ما افاض وانعم , الله اکبر ما توالت العطايا والنعم , الله اکبر عدد ما تفضل وتکرم , الله اکبر عدد ما شکر واکرم , الله اکبر الله اکبر الله اکبر , لا إله إلا الله , والله اکبر , ولله الحمد
اشهد ان لا إله إلا الله وحده لا شريک له , له الملک وله الحمد وهو على کل شيء قدير , واشهد ان محمدا عبده ورسوله , اللهم صل وسلم على حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا محمد اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه والتابعين لهم باحسان الى يوم الدين , اما بعد . فيا عباد الله اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن الا وانتم مسلمون .
Muslimin muslimat yang berbahagia, terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. atas segala limpahan nikmat dan segala bentuk kurniaan-Nya kepada kita semua. Bemula seawall bulan Rejab dan disusuli bulan Sya’ban lagi kita telah memohon agar hidup kita diberkati; dan kita mendoakan agar dipanjangkan umur sehingga Ramadhan.
اللهم بارک لنا في رجب وبارک لنا في شعبان وبلغنا رمضان
Justeru kalaulah kita dimatikan pada malam tadi, nescaya kita tetap akan berpuas hati dengan rahmat, keampunan dan jaminan pembebasan daripada api neraka. Namun apa yang nyata pada pagi yang penuh keceriaan ini kita masih bernafas dan kita tetap bersyukur apabila Ramadhan meninggalkan kita, maka kita kembali suci daripada dosa seumpama bayi yang baru dilahirkan.
$ygr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã úïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)Gs? ÇÊÑÌÈ
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ibadat puasa sebagaimana ianya telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.
Sidang hadirin, muslimin muslimat yang dikasihi sekalian, kesempatan menyampaikan khutbah pada hari raya idil fitri yang penuh bermakna ini, sukacita saya mengambil kesempatan terlebih dahulu melebarkan kemaafan kepada saudara saudari muslimin muslimat atas keterlanjuran kata, kekhilafan tindak tanduk dan perilaku. Dalam pada itu doa saya panjatkan mudah-mudahan Allah azza wajalla menerima segala amal kebajikan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan dan mengampunkan seluruh dosa keterlanjuran kita; Taqabbalallahu minna waminkum.
الله اکبر الله اکبر الله اکبر ولله الحمد
Pada kesempatan khutbah hari raya pada kali ini, pertamanya, saya amat tertarik untuk merumus kembali beberapa siri tazkirah yang telah disampaikan di masjid ini yang setelah saya amati cukup menarik untuk diperingatkan kembali, mudah-mudahan ianya bakal memberi manfaat kepada kita semua. Antara lain kita pernah diingatkan betapa hakikat Lailatul qadar bukanlah dengan hanya mencari-cari tanda-tandanya setelah fajar menyinsing, kerana ianya hanyalah antara makhluk ciptaan Allah, seperti mencari-cari pokok yang sujud, air yang membeku atau cuaca yang dingin dan sebagainya, sebagai membuktikan kehadiran lailatul qadar . Justeru dalam pengabdian kita kepada Allah, bukan makhluk yang kita sasarkan, bahkan ketulenan ibadat yang menghubungkan kita terus kepada Allah s.w.t. yang sepatutnya kita harapkan. Dalam pada itu kita juga telah didedahkan tentang ciri-ciri hamba Allah yang menerima kesan positif lailatul qadar. Antara lain, madrasah Ramadhan yang mana kita bersekolah padanya selama sebulan telah mendidik kita untuk terus istiqamah atau dalam bahasa modennya kita bakal meneruskan pengabdian kepada Allah secara konsisten. Bagi membuktikan betapa bertuahnya kita dengan kelebihan lailatul qadar yang kita perolehi, maka pastikanlah bahawa kitalah daripada hamba-hamba Allah yang bakal meneruskan pengimarahan masjid-masjid Allah, yang walaupun Ramadhan telah berlalu pergi.
الله اکبر الله اکبر الله اکبر ولله الحمد
Sidang hadirin yang dihormati,
Budaya menziarahi perkuburan pada hari lebaran bukanlah sesuatu yang dilarang, namun sayugia diingatkan agar sidang hadirin sekalian memahami garis panduan yang disyariatkan sebagai suatu adab dalam menziarahi perkuburan. Antara lain, sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya’ Ulumiddin. Telah diriwayatkan bahawa Imam Nafi’ r.a pernah melihat Ibnu Umar r.a. melebihi seratus kali telah menziarahi maqam Rasulllah s.a.w. , Sayidina Abu Bakar dan Maqam ayandanya dengan hanya sekadar mengucapkan salam kepada mereka bertiga dan terus beredar. Dalam hal ini Imam Ghazali menekankan, antara adab menziarahi perkuburan ialah dengan berdiri, memberi salam kepada ahli kubur, berdoa dan terus beredar. Sebagai tempat menimbulkan keinsafan dengan mengingati mati, maka tanah perkuburan tidak selayaknya dicetuskan di sana satu suasana riuh rendah, apatah lagi untuk berkenduri di sana. Dalam pada itu, tiada halangan bagi kaum perempuan untuk turut menziarahi perkuburan, namun penampilan mereka untuk ke tanah perkuburan haruslah diberi perhatian. Pertama, apabila menziarahi perkuburan, kaum perempuan hendaklah mengenakan pakaian yang tidak menarik perhatian, tidak berperhiasan dan yang paling penting ialah menutup aurat. Kedua, pastikan budaya jahiliah yang disebut sebagai ‘an-niyahah’ atau meratapi orang yang telah mati tidak berlaku dalam kalangan kaum wanita yang beriman.
الله اکبر الله اکبر الله اکبر ولله الحمد
Sidang hadirin yang dikasihi, Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya bersama sanak saudara dan sahabat handai, ada baiknya kita membuka sedikit ruang keinsafan dan kekesalan ke atas apa yang berlaku terhadap saudara-saudara kita khususnya di Palestin, Lubanan dan paling hampir saudara kita di Myanmar. Mungkin kita bakal mengatakan tidak ada apa-apa keupayaan untuk kita lakukan bagi menangani masalah mereka, namun ingatlah senjata kita daripada doa yang megiringi perjuangan mereka dari jauh tidak dinafikan bakal merubah keadaan. Perkara inilah yang pernah disebutkan oleh salah seorang daripada tetamu kita dari Palestin. Beliau amat mengharapkan agar kita teruskan berdoa sama ada ketika qiam, ketika rukuk dan sujud. Teruskan pengharapan kita dengan berdoa kepada Allah s.w.t. agar didatangkan pertolongan daripada pelbagai bentuk dan sumber untuk kemaslahatan saudara-saudara kita di sana. Yakinlah bahawa Allah mampu melakukan sesuatu bagi menjamin kemuliaan Islam dan penganutnya. Insya Allah perubahan scenario politik di Mesir bakal menjelmakan satu situasi yang berbeza, khususnya dalam hubungan dunia Arab dengan Negara haram Israel. Kita amat mengharapkan kebangkitan Ikhwan Muslimin mampu mempertahankan maruah umat Islam khususnya di Timur Tengah.
الله اکبر الله اکبر الله اکبر ولله الحمد
Firman Allah s.w.t.
$pkr'¯»t â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.s 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© @ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ×Î7yz ÇÊÌÈ
Wahai manusia sesungguhnya kami telah ciptakan kamu semua dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu dapat berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang lebih mulia di sisi Allah hanyalah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dan begitu hebat pengetahuannya – al-hujurat :13
Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian, ketahuilah bahawa meraikan hari raya dalam Islam merupakan satu ibadat. Maka dengan sebab itu, marilah kita memenuhi hari kemenangan ini dengan sesuatu yang bakal membuka lembaran persaudaraan yang lebih utuh antara kita semua. Pada hari lebaran yang penuh keberkatan ini marilah kita saling menghulur tangan bermaaf-maafan dan berlapang dada memaafkan kesilapan antara satu sama lain. Tidak ada yang lebih bermakana dalam menyambut lebaran ini kecuali ianya diraikan dengan semangat dan ruh Islam.
$pkr'¯»t tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä w ö/ä3Îgù=è? öNä3ä9ºuqøBr& Iwur öNà2ß»s9÷rr& `tã Ìò2Ï «!$# 4 `tBur ö@yèøÿt y7Ï9ºs y7Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbrçÅ£»yø9$# ÇÒÈ
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi.
بارک الله لي ولکم في القرءان العظيم ونفعني واياکم , وتقبل مني ومنکم تلاوته إنه هو السميع العليم , اقول ما تستمعون واستغفر الله العظيم لي ولکم ولسائر المسلمين والمسلمات إنه هو الغفور الرحيم