أدوات الشرط
أسلوب الشرط يتكون من أداة الشرط ( إنْ / مَنْ / كيفما / متى / أيان / مهما / أى / أنى ) تربط بين الجملتين الأولى شرط للثاني . وتسمى الأولى جملة الشرط والثانية جواب الشرط . والجملة الشرطية مسبوق بأداة شرط وتحتاج إلى جواب . Uslub as-Syarat @ rangkai kata syarat merupakan satu rangkai kata yang mengandungi 'adat as-syarat' (إن / من / كيفما / متى / أيان / مهما / أى / أنى ) yang akan menghubungkan antara dua ayat. Ayat pertama akan menjadi syarat kepada ayat kedua. Ayat pertama dinamakan 'jumlah syarat' dan ayat kedua dinamakan 'jawab syarat'. Uslub @ rangkai kata syarat hendaklah dimulai dengan 'feel' @ kata kerja yang didahului oleh 'adat syarat' dan ianya memerlukan kepada jawab @ penjelasannya. |
الأمثلة
أساليب الشرط | أداة الشرط | فعل الشرط | فعل جواب |
إنْ تَفْعَلْ ذلك تَضْمَنْ سعادة الحياة Sekiranya kamu melakukan perkara iatu, nescaya akan menjamin kebahagiaan hidup. | إن | تفعل | تضمن |
مَنْ ضَيَّعَ وَقْتَهُ تَأَسَّفَ عليه Siapa yang mensia-siakan waktunya, nescaya akan menyesal akibatnya | من | ضيع | تأسف |
إنْ تَصْبِرْ على البلاء تَنَلْ رضا الله Sekiranya kamu sabar menghadapi ujian, nescaya akan mendapat keredaan Allah | إن | تصبر | تنل |
كَيْفَمَا يَكُنْ الأبُ يَكُنْ اِبْنُهُ Bagaimana keadaan seorang bapa, begitulah keadaan anaknya | كيفما | يكن | يكن |
- Ayat pertama merupakan syarat bagi menghasilkan natijah pada ayat kedua; dan ianya memerlukan kepada 'adat syarat' untuk menghubungkan antara kedua-duanya.