السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله القائل : ﴿ إن الذين
ءامنوا والذين هاجروا وجاهدوا في سبيل الله أولئك يرجون رحمت الله والله غفور رحيم
﴾ وقال صلى الله عليه وسلم يوم فتح مكة : ( لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا
استُنفِرتم فانفروا ) أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو
على كل شيء قدير , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله ، أرسله الله بشيرا ونذيرا بين يدي
الساعة . فأدى الأمانة وبلغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده .
اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والختام لما سبق ناصر الحق
بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله وصحبه حق قدره ومقداره العظيم . أما
بعد : فيا عباد الله , اتقوا الله تعالى حق تقاته , أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد
فاز المتقون .
Sidang
Jumaat yang dihormati sekalian, Kesempatan menyampaikan khutbah pada Jumaat
yang pertama bagi tahun baharu hijrah kali ini, terlebih dahulu sukacita saya
berpesan untuk peringatan kita semua, lebih-lebih lagi peringatan kepada diri
saya sendiri, marilah sama-sama kita memperteguhkan ketakwaan kepada Allah
dengan berusaha sedaya upaya mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan
segala larang-Nya.
Sidang
hadirin yang berbahagia, kalendar Hijri bagi tahun 1434 Hijrah baharu sahaja
melabuhkan tirai dan serentak dengan itu kita mula meraikan kedatangan tahun
baharu Hijri. Apapun tanggapan atau persepsi kita terhadap kalender Hijri
sehingga ia dipinggirkan berbanding
kalender Masihi yang menjadi pedoman sebagai garis masa dan temu janji kita
seharian, hakikatnya ia tetap mempunyai nilai yang penuh bermakna terhadap
Islam yang kita junjung selama ini. Ketahuilah bahawa kalender Islam ini mula
diperkenalkan semasa pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab sebagai satu
instrument untuk memudahkan kehidupan umat Islam. Untuk rekod, sejarah telah
mencatat seperti apa yang dinukilkan oleh Ibnu Kathir, berdasarkan catatan Ibnu Sirin bahawa terdapat cadangan daripada
seorang lelaki kepada Amirul Mukminin Umar Ibnu al-Khattab agar diwujudkan
sebuah calendar Islam yang berasingan daripada calendar masihi yang telah lama
diguna pakai oleh orang-orang Rom ketika itu. Cadangan yang menarik ini
diterima baik oleh Khalifah Umar al-Khattab. Namun persoalannya, di manakah
detik permulaan untuk dijadikan asas bagi perkiraan tahun dalam Islam. Justeru
persoalan ini, maka lahirlah beberapa pendapat, antaranya ada yang mencadangkan
agar tahun kelahiran Nabi s.a.w. dijadikan detik permulaan, ada juga yang
mencadangankan tahun wafat dan cadangan tahun yang mana Nabi s.a.w. diutus
menjadi rasul sebagi detik permulaan. Namun semuanya gagal menarik perhatian
Khalifah Umar Ibnu al-Khattab sehinggalah dicadangkan Hijraturrasul s.a.w.
sebagai detik permulaan, maka Sayidina Umar Ibnu al-Khattab melihat di sinilah
terdapat suatu nostalgia penuh makna yang mula membawa perubahan dan kejayaan
dalam Islam.
Sidang
hadirin yang dihormati, apa yang ingin saya tekankan pada khutbah kali ini
ialah betapa Hijraturrasul s.a.w. merupakan suatu detik perubahan dalam Islam
sehingga intipati Islam secara keseluruhannya dapat direalisasikan sebagai
ad-Din atau sebagai apa yang diterjemahkan “Islam sebagai cara hidup”. Hijraturrasul
s.a.w. merupakan detik bersejarah yang terakam hasil perencanaan Allah s.w.t.
bagi menjadikan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin sebuah Negara. Justeru skop
peranan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin tidak sahaja terbatas sekadar
memimpin sebuah keluarga atau hanya sekadar memimpin jamaah dalam solat
semata-mata. Bahkan sari sirah kehidupan Rasulullah s.a.w. yang wajib
diteladani meliputi keseluruhan aspek kehidupan yang mancakupi soal ibadat yang
bersifat hubungan dengan Allah dan juga soal siasah dan pemerintahan yang mesti
berpandukan kepada syariat Allah s.w.t.. Sejarah telah merakam betapa kuasa
politik yang dimilki oleh Rasulullah s.a.w. selepas terbentuknya Negara Islam
Madinah telah berjaya membina sebuah masyarakat madani yang menjadikan Islam
sebagai ad-Din atau sebagai cara hidup yang berpaksikan syariat Allah s.w.t..
Sidang
Jumaat yang berbahagia,
Detik
Hijrah itu juga telah mencetus satu fenomena persaudaraan yang soalah-olahnya
mustahil berlaku dalam kalangan masyarakat Arab yang berpuak-puak dan sentiasa
bertelingkah tanpa penghujungnya. Hijraturrasul s.a.w. yang membawa satu
semangat ukhuwwah Islmaiyah telah berjaya memadam api permusuhan suku bangsa
yang telah wujud sekian lama. Atas nama Ukhuwah Islamiayah maka seluruh
masyarakat yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya mula merapatkan saf
persaudaraan. Sementara masyarakat secara umum yang berbilang bangsa dan agama
mula menerima rasional Islam atas dasar keadilan yang dibawa oleh Rasulullah
s.a.w.
Hijraturrasul
s.a.w. yang sengaja direncanakan oleh Allah s.w.t. menjadi detik penting dalam
merealisasikan syariat Allah dengan penggubalan sebuah piagam yang tertinggi
dalam pentadbiran sebuah Negara Islam. Justeru Negara Islam Madinah telah
membuktikan betapa Islam hendaklah dijadikan sebagai asas yang tunggal dalam
pentadbiran sebuah negara dan syariat Allah sebagai peraturan yang tunggal bagi
mengatur kehidupan manusia.
Firman
Allah s.w.t.:
﴿ ومن لم يحكم
بما أنزل الله فأولئك هم الكافرون ﴾
Dan
sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturukan oleh Allah (kerana
mnegingkarinya) maka mereka itu orang-orang yang kafir. – al-Ma’idah : 44
Di
dalam ayat lain Allah s.a.w. telah berfirman:
﴿ أفحكم الجاهلية يبغون ومن أحسن من الله حكما لقوم يوقنون ﴾
Adakah
patut mereka (teruja dan) berkeinginan lagi dengan hukum-hukum jahiliah;
walhal, bagi orang-orang yang yakin mereka pasti tiada siapa yang layak membuat
hukum yang lebih baik daripada Allah. – al-Ma’idah : 50
Sidang
hadirin yang dihormati,
Perkara
kedua yang ingin saya utarakan pada kesempatan khutbah hari ini ialah tentang
suatu hubungan yang rapat antara hijrah dengan jihad. Sesungguhnya tuntutan
jihad amat diperlukan dalam melaksanakan hijrah.
Firman
Allah s.w.t.:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿ إن الذين ءامنوا والذين
هاجروا وجاهدوا في سبيل الله أولئك يرجون رحمت الله والله غفور رحيم ﴾
Sesungguhnya
orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan berjuang pada jalan
Allah, mereka itulah orang yang mengharapkan rahmat (dan kasih sayang) Allah;
dan Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. – al-Baqarah : 218
Berdasarkan
ayat di atas, kita mendapati perkataan hijrah dan jihad digandingkan dan
dikaitkan pula dengan perkataan iman . Hal Ini menunjukkan hijrah dan jihad
harus dibangunkan atas dasar keimanan.
Hakikat Iman merupakan satu bentuk keyakinan kepada Allah.
Ia merupakan syarat kebahagian, kemenangan dan kemuliaan di dunia dan akhirat. Sementara
Hijrah pula adalah satu bukti atau tindakbalas keimanan; dan Jihad
pula adalah bentuk komitmen dalam menegakkan keimanan.
Hakikat hijrah
boleh diterjemahkan sebagai melaksanakan perintah Allah dengan meninggalkan
sifat keji dan kederhakaan kepada-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya
dan meninggalkan segala bentuk kesukaan atau kecintaan kepada kemaksiatan, maka
hijrah itu harus dilakukan sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang muslim.
Bagi merealisasikan perkara ini pastinya menuntut kepada kesungguhan atau
jihad. Oleh yang demikian , iman, hijrah dan jihad merupakan kunci bagi manusia
untuk meraih darjat yang tinggi dan kemenangan dalam melawan musuh-musuh
kebenaran.
Sidang Jumaat
yang dihormati,
Sebaik berjaya
menawan dan membuka kota Makah, maka Rasulullah s.a.w. telah bersabada:
( لا هجرة بعد الفتح ولكن جهاد ونية وإذا استُنفِرتم فانفروا )
Maksudnya:
Tiada lagi hijrah selepas pembukaan (Kota makah), tetapi (yang kekal) ialah
jihad dan niat; dan apabila kamu diminta bersiap sedia maka bersedialah.
Berdasarkan hadis
di atas, jelaslah bahawa tiada lagi hijrah bagi umat Islam pada masa itu
selepas pembukaan kota Makkah. Namun, Rasulullah s.a.w. memperluaskan skop dan
konsep hijrah pada bahagian kedua dengan menyatakan, niat dan kesediaan
berjihad untuk Islam juga dianggap sebagai satu cabang daripada hijrah.
Justeru peranan
jihad sepertimana yang diterjemahkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna adalah satu kefardhuan yang
berterusan sehingga hari kiamat.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
﴿ والذين هاجروا في الله من بعد ما
ظلموا لَنُبَوِّئَنَّهُم في الدنيا حسنة ولأجر الآخرة أكبر لو كانوا يعلمون ﴾
بارك الله لي
ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني
ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم
ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات
فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا
نجاة التائبين