السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
الحمد لله القائل في كتابه العزيز : ﴿ يأيها
الناس اتقوا ربكم الذي خلقكم من نفس واحدة وخلق منها زوجها وبث منهما رجالا كثيرا
ونساءً واتقوا الله الذي تساءلون به والأرحام إن الله كان عليكم رقيبا ﴾ أشهد أن لا
إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير , وأشهد
أن محمدا عبده ورسوله ، أرسله الله بشيرا ونذيرا بين يدي الساعة . فأدى الأمانة
وبلّغ الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده . اللهم صل وسلم وبارك على
حبيبنا وشفيعنا وقدوتنا وأسوتنا وأمامنا محمدٍ الرحمة المُهدَاةُ والنَّعمةُ
المُسدَاةُ وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه
أما بعد... فيا عباد الله , اتقوا الله حق
تقاته , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى ، فقد فاز المتقون
Sidang Jumaat yang
dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kepada
Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya
serta berusahalah mencari bekalan untuk kehidupan akhirat; dan sebaik-baik
bekalan ialah takwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
bertakwa.
Ruang khutbah yang
diberikan pada hari yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil kesempatan
memperkatakan satu isu berkaitan dengan kedudukan dan kemulian kaum wanita yang
dijamin oleh hukum dan adab-adab Islam. Walaupun sidang hadirin pada
perhimpunan Jumaat ini hanya dihadiri oleh kaum adam, namun tidak bermakna isu
ini tidak sesuai diperkatakan. Tuan-tuan kaum muslimin yang hadir pada hari ini
adalah pemimpin ke atas setiap kaum wanita, justeru tiada yang ganjilnya kalau
saya cuba mengetengahkan isu khusus bagi
memuliakan kaum wanita.
Sidang hadirin yang dimuliakan, mutakhir ini memperlihatkan suatu
zaman kebangkitan dan kelantangan segelintir kaum wanita dalam memperjuangkan
hak kesamarataan dengan kaum lelaki. Menggunakan asas istilah kebebasan
berfikir dan tidak mahu terikat dengan peradaban tradisional, maka kaum wanita
mula menuntut hak dan menentang apa yang disifatkan sebagai mengongkong
kebebasan mereka. Semua ini adalah berpunca daripada cetusan pemikiran Barat,
termasuk orientalis yang memang berniat jahat terhadap Islam. Para orientalis
yang giat mengkaji tentang agama Islam daripada pelbagai sudut termasuk akidah,
syariat dan pelbagai cabang keilmuan islam, tanpa disertai ruh iman, maka
mereka mula menyerang Islam dan hukum hakam yang telah digariskan oleh
Islam.
Kesannya, dengan sogokan kekeliruan daripada tokoh-tokoh orientalis
Barat, maka pemikiran segelintir kaum wanita telah dapat dipengaruhi. Antara
lain mereka mendakwa,adalah menjadi hak bagi kaum wanita untuk menuntut kesamarataan
dalam semua aspek. Umpamnya, ada dalam kalangan kaum wanita yang cuba menuntut
disamaratakan pembahagian pusaka antara waris lelaki dengan perempuan. Walhal
dalam masalah faraid , dengan jelas Allah s.w.t. telah berfirman:
ÞOä3Ϲqã ª!$# þÎû öNà2Ï»s9÷rr& ( Ìx.©%#Ï9 ã@÷VÏB Åeáym Èû÷üusVRW{$# 4
Maksdunya: Allah telah memerintahkan kamu (dalam pembahagian pusaka
untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki adalah menyamai
bahagian dua anak perempuan … - an-Nisa’ : 11
Seterusnya Allah s.w.t.
berfirman:
ÆtBur ÄÈ÷èt ©!$# ¼ã&s!qßuur £yètGtur ¼çnyrßãn ã&ù#Åzôã #·$tR #V$Î#»yz $ygÏù ¼ã&s!ur ÑU#xtã ÑúüÎgB ÇÊÍÈ
Maksudnya: Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan rasul-Nya dan
melampaui batas-batas syariat-Nya akan dimasukkan ke dalam api neraka, kekal di dalamnya dan baginya azab
seksaan yang amat hina. – an-Nisa’ : 14
Begitulah Allah memberi amaran dengan menjanjikan azab seksaan
kepada hambanya yang mengingkari ketetapan hukum-Nya.
Sidang hadirin yang berbahagia, masalah hijab atau pemakaian tudung
kepala juga masih dipertikai, sehingga mengelirukan pemikiran kanak-kanak yang
mula mancapai umur baligh. Ketetapan syariat ini dipertikai dan didakwa sebagai suatu perkara yang
mencabuli hak kebebasan manusia khususnya kaum wanita. Kita dapat mendengar
banyak kritikan bersama tohmahan terhadap ketidaksempurnaan hukum Islam sama
ada oleh individu-individu mahupun melalui saluran pertubuhan-pertubuhan
wanita. Sebenarnya banyak perkara yang disuarakan oleh para ulama mutakhir
tentang hukum yang berkaitan dengan kaum wanita adalah besandarkan kepada nas
al-Quran dan hadis. Dalam pada itu para ulama kita tidak pernah mengabaikan
penjelasan dari aspek hikmat pensyariatan dan kesan mengingkari ketetapan
hukum-hukum tersebut.
Sidang Jumaat yang berbahagia, Walaupun kadang-kadang pada zahirnya
seolah-olah dilihat Islam banyak membatasi pergerakan kaum wanita, namun bukan
bermakna Islam terus mengongkong perjalanan hidup mereka secara mutlak. Pensyariatan
hijab ternyata begitu mudah kita memahami hikmatnya, betapa Islam memandang
tinggi kemuliaan wanita dengan tidak bersetuju aurat mereka menjadi bahan
tontonan dan perhatian kaum lelaki. Selain daripada itu, betapa Islam memuliakan
maruah kaum wanita, kita dapat perhatikan melalui pensyariatan hukum qazaf.
Islam telah mewajibkan satu tindakan hukuman secara pasti ke atas sesiapa yang
melemparkan tuduhan zina terhadap seorang wanita yang baik. Justeru tuduhan
tanpa disertai dengan empat orang saksi yang adil bakal berdepan dengan hukuman
qazaf, iaitu disebat sebanyak lapan puluh sebatan serta ditolak setiap
persaksiannya pada masa akan datang.
Sementara dalam hubungan rumah tangga pula, Islam telah memberi hak
yang jelas kepada seorang isteri. Bermula daripada kewajipan nafkah ke atas
seorang suami hinggalah hak kepada seorang isteri untuk untuk melepaskan ikatan
perkahwinan dalam masalah yang tertentu seperti apa yang dinamakan sebagai ‘khuluk’
atau tebus talak.
Sidang hadirin yang dimuliakan, sebenarnya terlalu banyak untuk
diperkatakan bagi menjelaskan kemuliaan kaum wanita menurut pandangan Islam,
namun masa yang terbatas dalam kesempatan ini memaksa saya terus merumuskan;
sesungguhnya pandangan dan dakwaan yang amat meragukan dan cuba menyeleweng
pemikiran umat Islam daripada kefahaman berlandaskan syariat amat perlu
disanggah oleh para ulama masa kini. Pemikiran yang menyeleweng ini, yang mula
mempengaruhi segelintir kaum wanita pastinya akan membawa kesan buruk kepada
masyarakat islam.
أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم
ª!$#ur ßÌã br& z>qçGt öNà6øn=tæ ßÌãur úïÏ%©!$# tbqãèÎ7Gt ÏNºuqpk¤¶9$# br& (#qè=ÏÿsC ¸xøtB $VJÏàtã ÇËÐÈ
Dan Allah (sebenarnya) mahu (membersihkan kamu dari dosa-dosa)
dengan menerima taubat kamu; sedangkan orang-orang (yang fasiq) yang menurut
keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah) mahu (mendorong kamu) supaya
kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. – an-Nisa’ : 27.
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر
الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر
الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه
فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .
No comments:
Post a Comment