السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد
لله الذي أوجدنا من العدم ، وفضلنا بالإسلام على كثير من الأمم ، أشهد أن لا إله
إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير , وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله ، أرسله الله بشيرا ونذيرا بين يدي الساعة . فأدى الأمانة وبلغ
الرسالة ونصح الأمة وجاهد في الله حق جهاده . اللهم صل وسلم وبارك على حبيبنا
وشفيعنا وقدوتنا وأسوتنا وأمامنا محمدٍ الرحمة المُهدَاةُ والنَّعمةُ المُسدَاةُ
وعلى آله وصحبه ومن تبعه ونصره ووالاه
أما
بعد... فيا عباد الله , اتقوا الله حق تقاته , وتزودوا فإن خير الزاد التقوى ، فقد
فاز المتقون .
Sidang
hadirin yang dihormati sekalian, marilah sama-sama kita mempertingkatkan
ketakwaan kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan
segala larangan-Nya serta berusahalah mencari bekalan untuk kehidupan akhirat;
dan sebaik-baik bekalan ialah takwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah
orang-orang yang bertakwa.
Dalam
kesempatan khutbah pada bulan Rajab ini, sukacita saya menarik perhatian
tuan-tuan sidang hadirin untuk memperkatakan sesuatu yang dapat kita hayati
bersama berkaitan dengan peristiwa agung yang berlaku ke atas baginda s.a.w.,
iaitu peristiwa isra' dan mi'raj.
Sidang
hadirin yang berbahagia, marilah sama-sama kita mendengar dan memahami firman
Allah s.w.t.
أعوذ
بالله من الشيطان الرجيم
z`»ysö6ß üÏ%©!$# 3uó r& ¾ÍnÏö7yèÎ/ Wxøs9 ÆÏiB ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tysø9$# n<Î) ÏÉfó¡yJø9$# $|Áø%F{$# Ï%©!$# $oYø.t»t/ ¼çms9öqym ¼çmtÎã\Ï9 ô`ÏB !$oYÏG»t#uä 4 ¼çm¯RÎ) uqèd ßìÏJ¡¡9$# çÅÁt7ø9$# ÇÊÈ
Maksudnya: Maha
suci Allah yang telah mengadakan suatu perjalanan pada waktu malam ke atas
hamba-Nya dari Masjidil Haram (di Makah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yang
mana telah Kami berkati di sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya akan
tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang maha
mendengar lagi maha melihat. – Surah al-Isra' :1
Dalam pada kita
memperingati sambutan peristiwa isra' mikraj yang menjadi kebiasaan dalam masyarakat
kita apabila menjelang 27 Rajab, maka saya turut mangambil kesempatan untuk
memperkatakan tentang peristiwa ini, iaitu suatu peristiwa yang bukan sahaja
menguji Rasulullah s.a.w., bahkan turut menguji seluruh manusia, khususnya
orang-orang yang beriman. Ianya bakal menguji sejauh mana tahap keimanan mereka
kepada Allah s.w.t., keimanan mereka kepada Rasulullah dan keimanan mereka
tentang perkara-perkara ghaib, iaitu perkara yang tidak mampu dilihat oleh mata
kasar dan tidak dapat dirasai oleh manusia yang lemah ini.
Sidang hadirin
yang dihormati sekalian, Sesungguhhnya peristiwa isra’ dan mikraj ini merupakan
salah satu peristiwa bersejarah yang bersifat mukjizat yang menceriakan hati,
menghidupkan jiwa dan menghembus angin segar bagi sebuah harapan. Ia merupakan
sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah s.w.t. yang maha besar kepada
kekasihnya, penutup sekalian nabi dan rasul serta penghulu para anbia’
sekaliannya.
Dalam peristiwa
ini, Rasulullah s.a.w. telah dijemput oleh Allah s.w.t. bagi memuliakan baginda
dengan menjadi tetamu Allah s.a.w.. Jemputan khusus ke atas Rasulullah s.a..w.
ini diterima ketika baginda menghadapi ujian yang begitu besar di Makah dengan para sahabat baginda turut
dizalimi dan diseksa. Bahkan umat Islam ketika itu secara keseluruhannya
menghadapi pelbagai bentuk mehnah dan tribulasi. Dan sebenarnya inilah syarat
yang penting bagi orang-orang yang beriman yang telah dipilih oleh Allah s.w.t.
untuk memperjuangkan agama-Nya.
Justeru tidak hairanlah kalau kita sekarang
sebagai seorang yang memperjuangkan syariat Allah dan sebuah keadilan di muka bumi ini menghadapai pelbagai bentuk
mehnah dan trubulasi sehingga ditangguhkan sebuah kejayaan. Ingatlah,
sesungguhnya Allah s.w.t. tidak mengiktiraf seseorang daripada kamu untuk
mendakwa telah beriman, apatah lagi untuk mendakwa telah memperjuangkan agama
Allah sehinggalah kamu diuji.
Firman Allah
s.w.t.:
|=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uøIã br& (#þqä9qà)t $¨YtB#uä öNèdur w tbqãZtFøÿã ÇËÈ ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# úïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ
Maksudnya:
Apakah patut manusia itu manyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya
berkata: "Kami telah beriman"
Sedangkan mereka tidak pernah diuji (dengan sesuatu ujian). Dan demi
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka,
maka (dengan ujian itu) ternyata Allah mengetahui tentang orang-orang yang
benar-benar beriman dan orang-orang yang berdusta. – al-Ankabut :2-3
Sidang Jumaat
yang dihormati, di saat Rasulullah s.a.w. dikepung dalam negerinya sendiri
iaitu di Makah al-Mukaramah, seluruh kuasa besar dunia pada masa itu
menunjukkan tanda-tanda penentangan terhadap Islam, termasuklah penganut-
penganut agama Samawi daripada Yahudi dan Nasrani, serta kaum musyrikin keseluruhannya.
Bayangkan, bagaimana rumitnya Rasululullah yang dilantik untuk membawa Islam
dalam dunia yang begitu gelap dan menghadapi kepungan yang sangat dahsyat.
Tugas rasalulullah ini dapat dibayangkan seolah-olahnya baginda membawa sebuah pelita
pada sebuah lorong yang begitu gelap, yang berlumpur dan berduri serta menghadapi
tiupan angin yang sentiasa mencari peluang untuk memadam api pelita yang dibawa
oleh Rasulullah s.a.w.. Firman Allah s.w.t.:
ttbrßÌã (#qä«ÏÿôÜãÏ9 uqçR «!$# öNÎgÏdºuqøùr'Î/ ª!$#ur LÉêãB ¾ÍnÍqçR öqs9ur onÌ2 tbrãÏÿ»s3ø9$# ÇÑÈ
Maksudnya: mereka
sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) Dengan mulut
mereka, sedangkan Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun tidak
disukai oleh orang-orang kafir (akan yang demikian itu).
Maka ketika itu
Allah s.w.t. meredakan keadaan dengan menjemput Rasulullah s.a.w. naik ke
langit bagi memperlihatkan keagungan dan kekuasaan-Nya. Baginda s.a.w.
diperlihatkan semua bentuk alam ciptaan Allah, daripada alam bumi dan langit
serta alam barzakh dan alam akhirat. Begitu jauh perjalanan Rasulullah yang mengatasi
segala bentuk cakrawala dan bertemu dengan para anbia' dan malaikat. Baginda
turut diperlihatkan syurga sebagai tempat balasan nikmat untuk hamba-hamba
Allah yang taat serta neraka sebagai tempat balasan azab atas kekufuran manusia
terhadap Allah s.w.t.
Sidang hadirin
yang dikasihi, semua ini ditunjukkan oleh Allah s..w.t. dalam suatu perjalanan
yang hanya berlangsung dalam satu malam sahaja. Lihatlah masa yang begitu
panjang dan perjalanan yang begitu jauh telah dirumuskan oleh Allah s.w.t. yang
maha kuasa dalam satu malam sahaja. Ini membuktikan betapa musuh-musuh
Allah yang menentang Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah seumpama
debu yang halus jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah s.a.w.. Justeru tidak
menjadi masalah kepada Rasulullah s.a.w. yang akan meneruskan perjuangan
menegakkan Islam dan bakal diteruskan oleh umat baginda hingga hari kiamat,
kerana telah diperlihatkan oleh Allah s.w.t. bahawa segala-galanya berada di
bawah naungan dan kekuasaan-Nya.
Segala bentuk pertembungan antara hak dan batil, benar
dan salah, adil dan zalim, iman dan kufur, Islam dan Jahiliah merupakan ujian
daripada Allah s.w.t. untuk menguji manusia, siapakah yang benar-benar beriman
kepada Allah, para rasul-Nya dan perkara-perkara yang ghaib. Maka peristiwa
isra' dan mikraj dapat difahami sebagai satu gambaran tentang kekuasaan Allah
untuk menguji manusia, bukan sahaja di zaman Rasulullah s.a.w., bahkan pada
zaman kita sekarang dan juga hari-hari yang akan datang.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
øÎ)ur $uZù=è% s9 ¨bÎ) /u xÞ%tnr& Ĩ$¨Z9$$Î/ 4 $tBur $uZù=yèy_ $töä9$# ûÓÉL©9$# y7»oY÷ur& wÎ) ZpuZ÷FÏù Ĩ$¨Z=Ïj9 notyf¤±9$#ur sptRqãèù=yJø9$# Îû Èb#uäöà)ø9$# 4 öNßgèùÈhqséUur $yJsù öNèdßÌt wÎ) $YZ»uøóèÛ #ZÎ7x. ÇÏÉÈ
Maksudnya:Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu
(wahai Muhammad) Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanmu meliputi akan manusia
(dengan ilmu dan kekuasaan-Nya). Dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada
(malam Mikraj) yang telah kami perlihatkan kepadamu, melainkan sebagai satu
ujian bagi manusia. Dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat di
dalam al-Quran. Dan Kami berikan mereka rasa takut (dengan berbagai-bagai
amaran). Maka semuanya itu tidak akan menambahkan untuk mereka melainkan
kekufuran yang semakin melampau. – al-Isra' :60
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر
الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر
الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه ,
فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .
No comments:
Post a Comment