السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَدًا، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ شَرِيكٌ فِي
الْمُلْكِ، وَلَمْ يَكُنْ لَهُ وَلِيٌّ مِنَ الذُّلِّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا.
الله أكبر ألله أكبر الله أكبر
الله أكبر ألله أكبر الله أكبر
الله أكبر ألله أكبر الله أكبر كبيرا والحمد لله
كثيرا
أَشْهَدُ
أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ الْبَشِيرُ النَّذِيرُ.
اللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ خَاتَمِ الْأَنْبِيَاءِ
وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّابِعِينَ
بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّينِ.
فَيَا
عِبَادَ اللَّهِ! اتَّقُوا اللَّهَ، وَتَزَوَدُّوا، فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ
التَّقْوَى، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Wahai hamba Allah sekalian, bertakwalah kepada Allah s.w.t. dan
carilah bekalan untuk masa ajalmu. Sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah takwa
kepada Allah s.w.t.. Maka dengan sebab itu berjayalah orang-orang yang
bertakwa.
Sidang hadirin kaum muslimin dan muslimat yang berbahagia, pada
hari ini kita sengaja menyambut hari raya sebagaimana diperintahkan oleh Allah
s.w.t. dengan sebab bersyukur atas kesempurnaan menunaikan perintah-Nya iaitu
ibadat puasa di bulan Ramadan.
Firman Allah s.w.t.:
أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم
وَلِتُكْمِلُواْ
ٱلعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُم وَلَعَلَّكُم تَشكُرُونَ [ البقرة : 185 ]
Maksudnya:
Dan hendaklah kamu menyempurnakan perintah Allah s.w.t. (iaitu berpuasa sebulan
di bulan Ramadan); dan kamu juga hendaklah memuliakan Allah (dengan takbir,
tasbih dan tahmid) atas hidayah dan petunjuk-Nya kepadamu, supaya kamu
bersyukur di atas segala limpah kurnia-Nya.
الله أكبر
ألله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Sesungguhnya nikmat Allah yang paling besar dan paling bernilai
ialah nikmat hidayah yang menjadikan kita semua menganut agama Islam,
satu-satunya agama yang diredai oleh Allah s.w.t. dan hanya syariatnya sahaja
yang mempu memberi kebahagian di dunia dan akhirat. Kita melihat betapa cara
hidup yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. melalui pengalaman yang ditunjukkan
oleh nabi Muhammad s.a.w. adalah melengkapi semua aspek kehidupan serta
menepati fitrah kemanusiaan.
Sidang hadirin yang rahmati Allah sekalian, betapa besarnya fadilat
puasa dan kelebihan Ramadan dapat dilihat melalui sikap Nabi Muhammad s.a.w.
yang mengalu-alukan kedatangan Ramadan. Sabda baginda s.a.w. yang bermaksud:
telah tiba kepada kamu bulan Ramadan, iaitu bulan yang melimpah ruah dengan kurniaan
pemberian Allah s.w.t., maka baginda bersabada: “ Selamat datang wahai
Ramadan.”
Kita memahami Ramadan juga merupakan bulan keampunan daripada Allah
s.w.t.. Di bulan ini juga, iaitu di bulan Ramadan Allah telah membuka
seluas-luasnya pintu keampunan-Nya yang menjadikan bulan ini sarat dengan
pengampunan bagi segala dosa dan kesalahan manusia. Allah sw.t. telah membuka
pintu taubat bermula daripada kita baligh sehingga nyawa sampai ke halkum;
bermula daripada manusia diutus ke bumi sehinggalah matahari naik dari ufuk
barat. Allah s.w.t. telah menjanjikan, walaupun hamba-Nya memohon keampunan dosa yang seluas langit dan bumi,
Allah s.w.t. tetap akan memberikan keampunannya. Sesungguhnya Allah itu terlalu
dekat dengan orang-orang yang bermunajat kepada-Nya. Firman Allah s.w.t.:
#sÎ)ur y7s9r'y Ï$t6Ïã ÓÍh_tã ÎoTÎ*sù ë=Ìs% (
Ü=Å_é& nouqôãy Æí#¤$!$# #sÎ) Èb$tãy (
(#qç6ÉftGó¡uù=sù Í< (#qãZÏB÷sãø9ur Î1 öNßg¯=yès9 crßä©öt ÇÊÑÏÈ
Maksudnya: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (wahai
Muhammad) tentang diri-Ku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku sangat dekat dengan
mereka. Aku akan mengabulkan doa dan permintaan apabila mereka memohon
kepada-Ku. Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan
hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka sentiasa berada dalam
kebenaran. – surah al-Baqarah, ayat 186
Sekiranya kita meraih segala keberkatan, fadilat dan pengampunan di
bulan Ramadan yang yang penuh keberkatan ini, nescaya hari raya yang kita
sambut pada hari ini menjadi sesuatu yang bahagia setelah kita mengakhiri
Ramadan dalam keadaan dimerdekakan daripada api neraka.
الله أكبر
ألله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Sidang hadirin yang dikasihi, dalam kesempatan khutbah pada hari
yang berbahagia ini sukacita saya mengambil kesempatan menukilkan beberapa
taujihat atau garis panduan yang telah dijelaskan oleh ulama kita berkenaan
dengan akidah perjuangan serta pendekatan yang digunapakai sama ada dalam
beramal, berdakwah dan juga dalam hal melaksanakan Islam bagi membawa rahmat
kepada seluruh umat. Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan
kepada Allah dengan segala nama dan sifat-Nya yang mulia. Dalam hal ini kita
hendaklah percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walaupun
perkara tersebut adalah sesuatu yang ghaib dan tidak mampu dicapai oleh
pancaindera. Perkara akidah adalah tetap dan tidak berubah serta tidak boleh
diubah.
Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang
diizinkan oleh Allah s.w.t., halal dan haramnya adalah dengan cara yang
diizinkan oleh-Nya. Begitu juga dalam masalah berhubungan dengan bukan Islam
dan juga musuh, juga hendaklah dalam kerangka yang diizinkan oleh Allah s.w.t.
الله أكبر
ألله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Sidang hadirin yang dihormati sekalian, sesungguhnya sirah
nabawiyah telah merakamkan pendekatan Rasulullah s.a.w. yang pernah menerima
perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Talib adalah di atas semangat kekeluargaan tanpa
menerima Islam. Rasulullah juga menerima pembelaan salah seorang pemimpin
kaumnya iaitu Mut’im bin ‘aadi yang menentang kezaliman yang walaupun dia bukan
seorang Islam. Rasulullah juga meminta khidmat penunjuk jalan dalam berhijrah
ke Madinah daripada seorang bukan Islam yang bernama Abdullah bin ‘Uraiqit bagi
merealisasikan tujuan keimanan menegakkan negara Islam Madinah.
Dalam pada itu, siding hadirin sekalian, apabila senario sebaliknya
yang memperlihatkan betapa kehendak sebenar Abu Talib dan beberapa pihak lain
yang menawarkan keamanan tadi dengan syarat meninggalkan akidah perjuangan,
maka ianya telah ditolak dengan tegas oleh Rasulullah s.a.w.. Apabila pimpinan
Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa beserta tawaran harta
kekayaan dengan syarat meninggalkan akidah perjuangan maka ia juga ditolak oleh
Rasulullah s.a.w. dan baginda bersedia untuk mati kerana mempertahankan akidah
perjuanganya. Sikap yang sama juga telah ditunjukkan oleh semua para sahabat
r.a. ketika berada di Makkah sehingga bersama-sama melakukan hijrah bersama
Rasulullah s.a.w. dan akhinya mencapai kejayaan.
الله أكبر
ألله أكبر الله أكبر ولله الحمد
Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian, apabila tertegaknya
negara Islam Madinah, Allah s.w.t. secara tegas menunjukkan jalan istiqamah
yang menjadi petunjuk antara aqidah dan pendekatan kepada Rasulullah s.a.w. dan
para sahabat baginda s.a.w., dalam keadaan yang lebih mencabar dalam masyarakat
majmuk pelbagai agama, pelbagai kaum dan kepelbagaian sikap, termasuklah Islam,
bukan Islam dan juga munafik. Firman Allah s.w.t.:
أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم
* Ó|¤tã ª!$# br& @yèøgs ö/ä3oY÷t/ tû÷üt/ur tûïÏ%©!$# NçF÷y$tã Nåk÷]ÏiB Zo¨uq¨B 4
ª!$#ur ÖÏs% 4
ª!$#ur Öqàÿxî ×LìÏm§ ÇÐÈ w â/ä38yg÷Yt ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNs9 öNä.qè=ÏG»s)ã Îû ÈûïÏd9$# óOs9ur /ä.qã_Ìøä `ÏiB öNä.Ì»tÏ br& óOèdry9s? (#þqäÜÅ¡ø)è?ur öNÍkös9Î) 4
¨bÎ) ©!$# =Ïtä tûüÏÜÅ¡ø)ßJø9$# ÇÑÈ $yJ¯RÎ) ãNä39pk÷]t ª!$# Ç`tã tûïÏ%©!$# öNä.qè=tG»s% Îû ÈûïÏd9$# Oà2qã_t÷zr&ur `ÏiB öNä.Ì»tÏ (#rãyg»sßur #n?tã öNä3Å_#t÷zÎ) br& öNèdöq©9uqs? 4
`tBur öNçl°;uqtFt Í´¯»s9'ré'sù ãNèd tbqßJÎ=»©à9$# ÇÒÈ
Maksdunya: Mudah-mudahan Allah akan mengadakan perasaan kasih
sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu
(dengan cara menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah) bahawa
Allah maha kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah maha pengampun lagi maha
mangasihani. Allah tidak pernah melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku
adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak
pula mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi
orang-orang yang berlaku adil. (Dalam pada itu) Allah hanyalah melarang kamu
daripada menjadikan teman rapat dari kalangan orang-orang yang memerangi kamu
kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, dan
mereka yang membantu (orang yang berusaha) untuk mengusir kamu; dan (ingatlah),
sesiapa yang menjadikan mereka sebagai teman rapat, mereka itulah orang-orang yang
zalim. – Surah al-Mumtahanah: ayat 7 -9.
Sidang hadirin sekalian, ayat-ayat yang dibacakan tadi menjelaskan
bahawa Allah s.w.t. telah menggariskan kepada kita suatu kaedah dalam menjalin
hubungan baik dan kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya.
Maka dalam hal ini Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan satu pendekatan dalam jalinan
hubungan dengan kalangan bukan Islam secara bertahalluf, berta’awwun serta berdamai dan memaafkan
kesalahan. Dalam pada itu, apabila berlakunya sikap permusuhan yang mahu
merosakkan aqidah perjuangan, maka segala bentuk hubungan jalinan perhubungan
tadi dibatalkan walaupun terhadap kaumnya sendiri
di Makkah. Ini menunjukkan betapa banyak keterbukaan di dalam Islam dari aspek
pendekatan, namun Islam tetap bertegas dalam perkara-perkara yang berupa akidah
perjuangan.
Sekian,
بارك الله لي
ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الأيات والذكر الحكيم . أقول قول
هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات، إنه هو الغفور الرحيم
.
Khutbah kedua
اللَّهُ
أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ
أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، وَلِلَّهِ الْحَمْدُ. أَشْهَدُ
أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ
مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَالَاهُ.
أَمَّا بَعْدُ:
فَيَا
عِبَادَ اللَّهِ، أُوصِيكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللَّهِ فَقَدْ فَازَ
الْمُتَّقُوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى.
Sidang hadirin muslimin dan muslimat sekalian
Marilah pada hari raya ini kita cuba merasakan betapa besarnya
nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah s.w.t. dan
ketahuilah hanya kematian di dalam iman dan Islam sahaja yang diredai oleh
Allah s.w.t. sebagaimana firman-Nya:
يَٰٓأَيُّهَا
ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ
وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسلِمُونَ
١٠٢ [
آل عمران : 102 ]
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman , bertakwalah kamu kepada
Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di
dalam keadaan beragama Islam.
Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat
persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam Sesungguhnya antara
tanda-tanda keimanan seseorang ialah apabila di kasih kepada saudaranya
sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.
Sabda
Rasulullah s.a.w.:
لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى
يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحَبُّ لِنَفْسِهِ.
Maksudnya: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia kasih
kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.
Muslimin muslimat yang dikasihi,
Pada hari yang mulia dan penuh keberkatan ini, mari kita
memperbanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad
s.a.w. yang telah menyampaikan Islam kepada kita selepas melalui berbagai
pelbagai bentuk jihad dan pengorbanan.
إِنَّ
ٱللَّهَ وَمَلَٰٓئِكَتَهُۥ يُصَلُّونَ
عَلَى ٱلنَّبِيِّ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيهِ
وَسَلِّمُواْ تَسلِيمًا
اَللَّهُمَّ
صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ
وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ،
كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبرَاهيمَ وَعَلَى آلِ إِبرَاهِيمَ فِى الْعَالَمِينَ
إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَآءِ
مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ. رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ
سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ
آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيْمٌ.
اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِينَ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِين،
وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِينَ، وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِينَ. اَللَّهُمَّ إِنَّا
نَجْعَلُكَ فِى نُحُورِ أَعْدَآئِنَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُورِهِمْ.
اَللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَهُمْ عَلَى نُحُورِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَشَتِّتْ كَلِمَتَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ
عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلَابِكَ.
اَللَّهُمَّ
انْصُرْ إِخْوَانَنَا الْمُجَاهِدِينَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِى كل مكان،
اَللَّهُمَّ
آتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا، أَنْتَ
وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهاَ. اَللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا
اتِّبَاعَه، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ.
اَللَّهُمَّ أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلَاةَ أُمُورِنَا،
وَاجْعَلْ وِلَايَتَنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
رَبَّنَا
ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ
مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا
قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِى
الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.
وَصَلَّى
اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِينَ.
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
وَلِلَّهِ الْحَمْدُ.
No comments:
Post a Comment