Cool WidgetsStun MeStun Me

Tuesday, August 6, 2013

KHUTBAH IDIL FITRI 1434 MASJID AT-TAQWA BINTULU


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الله أكبر ألله أكبر ألله أكبر
الله أكبر ألله أكبر ألله أكبر
الله أكبر ألله أكبر ألله أكبر
الحمد لله وحده ، صدق وعده ، ونصر عبده وأعزجنده ، وهزم الأحزاب وحده ، أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له ، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير ، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله الرحمة المهداة والمصباح المنير .
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى حَبِيْبِنَا وَشَفِيْعِنَا وَقُدْوَتِنَا محمدٍ أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِين وَعَلَى آَلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعين لهَمُْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ . فَيَا عِبَادَ اللهِ اتَّقُوا الله حَقَّ تُقَاتِهِ ,وَلا تَمُوْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Wahai hamba-hamba Allah sekelian, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar katakwaan, dengan mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dalam pada itu jangan kamu mati melainkan dalam keadaan betul-betul menjadi penganut Islam.

Setelah sebulan kita menjalani ibadat puasa, mudah-mudahan semua ibadat yang dilakukan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini diterima oleh Allah s.w.t. dengan memperolehi keredaan, rahmat, keampunan dan dibebaskan daripada azab api neraka. Kita mengharapkan semoga segala hikmat puasa berjaya mendidik kita menjadi orang yang bertakwa.

$ygƒr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä |=ÏGä. ãNà6øn=tæ ãP$uÅ_Á9$# $yJx. |=ÏGä. n?tã šúïÏ%©!$# `ÏB öNà6Î=ö7s% öNä3ª=yès9 tbqà)­Gs? ÇÊÑÌÈ
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu ibadat puasa sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertakwa. – surah al-Baqarah, ayat 183.
Sidang hadirin yang dirahmati Allah, Antara tanda-tanda orang yang bertakwa ialah apabila seseorang itu menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dalam semua aspek kehidupan, sama ada ia berbentuk hubungan antara manusia dengan Allah s.w.t. sebagai pencipta ataupun hubungan antara sesama manusia. Semua aspek kehidupan ini hendaklah dipandu oleh al-Quran sebagai membuktikan betapa kita telah menjadikan Allah sebagai pencipta dan pentadbir yang maha tunggal.
Setelah sebulan kita berpuasa dengan penuh keimanan dan pengharapan, hendaklah kita optimis bahawa Allah telah mengapunkan seluruh dosa-dosa kita yang lampau. Inilah yang dinamakan Idul Fitri yang dirayakan sebagai satu kegembiraan setelah kita berjaya kembali kepada fitrah, iaitu kepada keadaan yang suci daripada dosa. Justeru tidak ada sebab untuk kita bersedih pada hari yang berbahagia ini, kecuali sekiranya hari yang diraikan ini dan hari-hari yang mendatang bakal dicemari dengan pelbagai unsur maksiat, maka ketika itulah ianya patut dikesali.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
$pkšr'¯»tƒ â¨$¨Z9$# $¯RÎ) /ä3»oYø)n=yz `ÏiB 9x.sŒ 4Ós\Ré&ur öNä3»oYù=yèy_ur $\/qãèä© Ÿ@ͬ!$t7s%ur (#þqèùu$yètGÏ9 4 ¨bÎ) ö/ä3tBtò2r& yYÏã «!$# öNä39s)ø?r& 4 ¨bÎ) ©!$# îLìÎ=tã ׎Î7yz ÇÊÌÈ  
Wahai orang-orang yang beriman sesungguhnya Kami telah ciptakan kamu semua dari kalangan lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan pelbagai puak agar kamu dapat berkenalan antara satu sama lain. Sesungguhnya yang lebih mulia disisi Allah hanyalah orang yang paling bertakwa. Sesunggunya Allah maha mengetahui dan begitu hebat pengetahuannya. – al-Hujurat:13

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian, ketahuilah bahawa sambutan hari raya dalam Islam merupakan satu ibadat. Dengan sebab idul fitri ini suatu ibadat, maka marilah kita memenuhi hari kemenangan ini dengan suatu yang bakal membuka lembaran persaudaraan yang lebih utuh antara kita semua. Dalam keseronokan meraikan hari lebaran ini, marilah kita saling menghulur tangan bermaaf-maafan dan berlapang dada memaafkan kesilapan antara satu sama lain. Tradisi kunjung mengunjung diteruskan dalam suasana yang harmoni dan penuh kemesraan, maka sama-samalah kita memelihara adab dan syariat dalam semua aspek yang kita harungi. Tidak ada yang lebih bermakna pada hari kemenangan ini kecuali ianya diraikan dengan semangat dan ruh Islam.
Bagi membuktikan betapa kita telah bertakwa dan kembali kepada petunjuk al-Quran, marilah kita memahami suatu perkara yang diutamakan apabila menyambut hari raya, iaitu perihal menguatkan persaudaraan dalam kalangan umat Islam. Marilah kita mulakan kembali rasa kasih sayang, bermaaf-maafan serta menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku, sama ada ianya menyentuh pertelingkahan dalam urusan perkongsian hidup suami isteri, hubungan kekeluargaan, persefahaman atau perjanjian perniagaan  atau fahaman politik. Ketahuilah bahawa tidak ada satupun masalah yang tiada penyelesaiannya jika kita merujuk kepada sumber syariat Islam, yakinlah semuanya telah tersedia di dalam al-Quran sebagaimana yang  telah disebutkan di awal khutbah tadi. Pokok pangkal atau kuncinya hanya kembali kepada al-Quran sebagai alat bagi menyelesaikan segala masalah yang timbul.
Sidang hadirin yang dikasihi, Allah s.w.t. telah berfirman:
﴿قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 6)

Sesungguhnya perjalanan hidup ini, keseluruhannya adalah berada di dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dia berhak mematikan sesiapa yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang tanda dan amaran.

Segala kebesaran adalah milik Allah SWT dan dialah yang menguji kita sebagai hambanya. Pada Syawal kali ini terdapat hamba-hambanya yang sedang diuji dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati di seluruh dunia. Kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kekuasaan dan kerajaan adalah milik Allah SWT. Pada hari ini, mana-mana kerajaan yang berkuasa, belum tentu lagi pada hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.

Sidang hadirin yang dihormati,

Saya memperkatakan perkara ini bagi mengingatkan kita semua tentang apa yang sedang berlaku di bumi anbiya' iaitu di Mesir pada hari ini. Justeru dalam kesempatan berkhutbah pada kali ini izinkan saya memperkatakan  sedikit senario yang berlaku di bumi anbiya’, sebuah negeri yang pernah mencatat banyak kenangan pahit manis buat diri saya secara peribadi. Dalam pada itu izinkan saya sebagai khatib bagi pihak jamaah sekalian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim yang diperlakukankan ke atas saudara- saudara kita di Mesir.
Saudara saudari yang dikasihi,
Hari ini kita menyambut Syawal dalam keadaan saudara-saudara kita di Mesir sedang berdepan dengan pencabulan kuasa yang sungguh menyayat hati. Sekalipun demokrasi telah mengesahkan kemenangan Islam sebagai pilihan rakyat, namun muncung senapang sekali lagi menjadi senjata pihak yang tidak senang dengan kebangkitan  Islam secara demokrasi. Pada saat rakyat di seluruh Mesir bangkit hanya bersenjatakan doa dan perarakan aman sahaja, mereka dipaksa untuk bersahur dan berbuka dengan berdilan peluru oleh tentera negara mereka sendiri.
Kita amat menyesali dengan apa yang berlaku, yang seolah-olahnya memperlihatkan segelintir daripada mereka di sana tidak mengingati dan tidak bersyukur dengan nikmat Allah yang telah membebaskan mereka daripada belenggu kuku besi yang amat zalim sebelum ini. Sedangkan Allah S.W.T. pernah menyatakan dengan jelas agar mereka mensyukuri dengan nikmat yang pernah Allah  anugerahkan kepada pengikut  nabi Musa a.s. suatu ketika dahulu  dengan membebaskan mereka daipada cengkaman kezalimana Firaun yang melampau. Firman Allah Taala:
øŒÎ)ur tA$s% 4ÓyqãB ÏmÏBöqs)Ï9 (#rãà2øŒ$# spyJ÷èÏR «!$# öNà6øn=tæ øŒÎ) Nä39pgUr& ô`ÏiB ÉA#uä šcöqtãöÏù öNä3tRqãBqÝ¡o uäþqß É>#xyèø9$# šcqçt¿o2xãƒur öNä.uä!$oYö/r& šcqãŠóstGó¡tƒur öNà2uä!$|¡ÎS 4 Îûur Nà6Ï9ºsŒ ÖäIxt/ `ÏiB öNà6În/§ ÒOŠÏàtã ÇÏÈ   øŒÎ)ur šc©Œr's? öNä3š/u ûÈõs9 óOè?öx6x© öNä3¯RyƒÎV{ ( ûÈõs9ur ÷LänöxÿŸ2 ¨bÎ) Î1#xtã ÓƒÏt±s9 ÇÐÈ  
Maksudnya: Dan ingatlah ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “ingatlah akan nikmat Allah ke atas kamu ketika Dia menyelamatkan kamu daripada Firaun dan bala tenteranya yang sentiasa menyiksa kamu dengan berbagai-bagai siksaan yang begitu teruk. Khususnya apabila mereka menyembelih anak-anak lelaki kamu dan melepaskan anak-anak perempuan kamu hidup. Inilah suatu bala bencana dan ujian yang amat besar dari Tuhanmu.” Dan ingatlah ketika Tuhanmu menyatakan, “Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepadamu dan sekiranya kamu kufur, (ketahuilah) sesungguhnya azabKu terlalu pedih.”  

Senario sama juga berlaku di Syria. Ketika kita melaungkan takbir raya, pada saat ini jugalah kaum muslimin di Syria sedang melaungkan takbir jihad. Ketiak kita melakukan persiapan membeli pakaian hari raya, pada saat ini jugalah kaum lelaki di Syria menyiapkan kelengkapan perang menentang rejim zalim yang enggan turun dan tunduk pada desakan rakyat. Hasilnya, saban hari kita melihat gambar-gambar mereka yang terkorban di Syria dibunuh tanpa belas kasihan.

Inilah ujian daripada Allah SWT. Justeru, dalam pada kita riang gembira menyambut hari raya pada kali ini, luangkan sedikit masa kita untuk sama-sama menadah tangan agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya kepada umat Islam di Mesir dan Syria bahkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita Malaysia. Teruskan berjuang dan berdoa, agar kezaliman melutut sujud di hadapan kebenaran.

Semoga Ramadhan yang berlalu berjaya memahat nilai taqwa dalam benak sanubari kita. Semoga Syawal yang tiba juga berjaya memugar kembali kekuatan hasil tarbiah Ramadhan yang kita lalui. Ingatlah, jika di bulan Ramadhan berlakunya perang Badar, maka di bulan Syawal telah berlakunya perang Ahzab. Kedua-duanya dimenangi dengan gilang gemilang oleh  Rasulullah SAW.

Tiada yang pelik jika pertolongan Allah SWT yang pernah turun di medan Badar dan Ahzab akan turun buat kesekian kalinya untuk umat Islam pada hari ini. Syaratnya, iman dan taqwa hendaklah menjadi hantaran buat meminang nusrah daripada Allah SWT, Tuhan pemilik segala kerajaan.
#sŒÎ) uä!$y_ ãóÁtR «!$# ßx÷Gxÿø9$#ur ÇÊÈ   |M÷ƒr&uur }¨$¨Y9$# šcqè=ä{ôtƒ Îû Ç`ƒÏŠ «!$# %[`#uqøùr& ÇËÈ   ôxÎm7|¡sù ÏôJpt¿2 y7În/u çnöÏÿøótGó$#ur 4 ¼çm¯RÎ) tb%Ÿ2 $R/#§qs? ÇÌÈ  
بَارَكَ الله لِى وَلَكُمْ فِى القُرْآنِ العَظِيمِ , ونَفَعَنِى وَأِيَّاكُمْ بِما فيه من الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ , وتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَه إِنَّه هُوَ السَمِيعُ العَلِيمُ . اَقُوْلُ قَوْلِى هَذَا وَاَسْتَغْفِرُ الله العَظِيْمَ لِى وَلَكُمْ ولِسَائِرِ المسُلِمِيْنَ والمسُلِمَاتِ إنَّه هو الغَفُورُ الرَحِيمُ

No comments:

Post a Comment