Thursday, January 12, 2012

KHUTBAH JUMAAT SURAU AT-TAKWA : JUMAAT 13 JANUARI 2012

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السمواتِ و الأرض و هو على كل شئ قدير .  و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفةِ الأحكام . أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . اللهم صل على سيدنا محمد أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على آله وأصحابه  إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه . أما بعد .. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ . أوصيكم ونفسي بتقوى الله فقد فاز المتقون .
Sidang Jumaat yang berbahagia, marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, tuhan rabbul izzah dengan sebenar-benar ketakwaan, iaitu dengan menjunjung dan mentaati  segala titah perintah-Nya. Justeru pada hari yang penuh keberkatan ini saya mengambil kesempatan mewasiatkan agar kita semua kembali bertakwa kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa pasti akan memperolehi kejayaan.
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ö@è% ¨bÎ) |NöqyJø9$# Ï%©!$# šcrÏÿs? çm÷ZÏB ¼çm¯RÎ*sù öNà6É)»n=ãB ( ¢OèO tbrŠtè? 4n<Î) ÉOÎ=»tã É=øtóø9$# Íoy»yg¤±9$#ur Nä3ã¤Îm7t^ãsù $yJÎ/ ÷LäêZä. tbqè=yJ÷ès? ÇÑÈ  
Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya (saat) kematian yang kamu semua ingin lari daripadanya itu, pasti akan menemui kamu jua. Kemudian kamu semua akan dikembalikan kepada Tuhan yang maha mengetahui segala apa yang ghaib dan yang nyata. Kelak Dia akan memberitahu kamu akan segala apa yang telah kamu lakukan. – al-Jum'ah : 18
يقول المصطفى صلى الله عليه وسلم
﴿ أكْثِروا مِن ذِكرِ الموتِ ، فإنه يُمَحِّصُ الذنوب ويُزَهِّدُ في الدنيا﴾
Maksudnya: Perbanyakkanlah dengan mengingati kematian, kerana dengan demikian itu akan dapat mengurangkan pada diri seseorang itu daripada melakukan dosa dan menjadikannya zuhud atau tidak terlalu mengutamakan dunia. 

Sidang hadirin yang berbahagia, ketahuilah bahawa orang-orang yang telah tenggelam dalam urusan keduniaan dan terpesona dengan tipu daya yang ada padanya serta terlalu cenderung dengan segala rupa perhiasannya, nescaya akan lalai daripada mengingati hakikat kematian. Bahkan kalaupun disebutkan kepadanya pastinya akan dibenci olehnya.

Dalam membicarakan Kitabu zikri al-maut atau persoalan mengingati kematian, saya amat tertarik untuk memperkatakan tentang pembahagian golongan manusia menurut pandangan Imam al-Ghazali r.h.. Menurut beliau pada menyentuh persoalan mengingati mati, manusia dapat dibahagikan kepada tiga golongan.

Pertama, orang-orang yang hanyut atau tenggelam dalam urusan keduniaan semata-mata. Tidak pernah terlintas pada mereka untuk mengingati akan saat kematian. Bahkan mereka amat tidak suka mempersoalkan tentang kematian atau perkara-perkara berkaitan dengan akhirat. Mereka ini akan terus hanyut atau terus tenggelam jauh daripada mengenali Allah s.w.t.

Kedua, orang yang bertaubat atau mula bertaubat atas keterlanjuran. Mereka ini ialah orang yang timbul di dalam hatinya satu ingatan kepada saat kematian yang bakal mendatanginya. Di dalam hati mereka timbul satu perasaan cemas serta kebimbangan dengan ajal yang bakal mendatangi mereka. Justeru mereka akan menyempurnakan taubat dengan segera dan melakukanya sebaik mungkin.

Dan golongan ketiga ialah orang yang mengenali diri sendiri. Maka pastinya mereka ini sentiasa mengingati akan kematian dan sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Justeru mereka ini akan sentiasa berwaspada dan istiqamah menunaikan segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, apakah orang-orang yang keterlaluan memburu kepentingan dunia itu menyangka masih ada kesempatan lagi pada dirinya untuk melakukan amal-amal kebajikan, sedangkan seluruh masanya dipenuhi dengan misi memburu kepentingan dunia. Tentu sekali tidak ada lagi waktu yang lapang baginya, kecuali jika dipinggirkan sedikit kepentingan dunia tersebut. Namun bak kata pujangga:

فَمَا قَضَى أحَدٌ لُبَانَتَهُ # وَمَا انْتَهَى أَرَبٌ إلاَّ إلى أَرَبٍ
Tidak akan selesai keperluan seseorang manusia daripada dunianya;
melainkan apabila telah selesai yang satu, maka berpindah pula kepada yang lainnya.

Sayidina Ali k.w. pernah menjelaskan
الناس نيام فإذا ماتوا انتبهوا
Bahawa manusia (ketika ini) adalah sedang lena ketiduran; dan apabila mereka mati kelak barulah mereka sedar.

Dalam hal ini Allah s.w.t. telah menegaskan di dalam firman:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
ãNä39ygø9r& ãèO%s3­G9$# ÇÊÈ   4Ó®Lym ãLänöã tÎ/$s)yJø9$# ÇËÈ   žxx. šôqy tbqßJn=÷ès? ÇÌÈ
Maksudnya: Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal kebajikan) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk memperolehi sebanyak-banyaknya (kepentingan dunia ini). Sehinggalah kamu masuk ke lubang kubur. (Justeru) janganlah sekali-kali (bersikap sedemikian rupa), kelak kamu akan mengetahui (akibatnya yang buruk semasa menemui ajal) – at-Takathur : 1-3

Maka dengan sebab itu, marilah kita sama-sama memohon kepada Allah s.w.t. agar diri kita tidak dilalaikan daripada melakukan amalan yang soleh. Sesungguhnya Allah s.w.t. maha mendengar permohonan hambanya; amin ya rabbal alamin.

Sidang hadirin yang berbahagia, pada hari kiamat kelak, bagaimanakah kita mampu untuk berdiri tegak dihadapan Allah, Tuhan Rabbul izzah; dan sejauh mana kemampuan lidah kita untuk menjawab pertanyaan daripada allah s.w.t.. Bahkan kita tidak akan dilepaskan pergi sehinggalah dijawab empat persoalan.

Sabda rasulullah s.a.w.:
﴿لا تزولُ قدما ابنِ آدمَ يوم القيامة مِن عند ربه حتى يُسألَ عن أربع خِصالٍ : عن عمره فيما أفناه , وعن شبابه فيما أبلاه ، وعن ماله مِن أين اكْتَسَبَه وفيما أنفقَهُ , وماذا عَمِلَ فيما عَلِمَ﴾
Tidak akan melangkah walaupun setapak kedua-dua kaki setiap anak Adam di hadapan Tuhannya sehinggalah selesai dipersoalkan tentang empat perkara. Pertama, tentang umurnya; untuk apakah ianya dihabiskan. Kedua, tentang masa mudanya; untuk apakah ianya dipergunakannya. Ketiga, tentang hartanya; dari mana ianya diperolehi; dan untuk apakah ianya dibelanjakan. Dan yang terakhir, tentang ilmu yang dimilikinya; apakah yang sudah dibuat dengannya.

Sidang hadirin yang berbahgia, apabila kita memperkatakan tentang ilmu pengetahuan, maka ketahuilah bahawa ianya digantung pada satu kedudukan dosa yang harus dipikul oleh setiap orang mukalaf  sehinggalah ianya disempurnakan. Dosa terhadap ilmu pengetahuan ke atas seorang yang alim tidak akan terlepas sehingalah ianya diamal dan disebarkan. Sementara dosa terhadap ilmu pengetahuan ke atas seorang yang jahil pula akan berterusan sehinggalah ianya dipelajari untuk difahami dan diamalkan. Justeru pada kesempatan ini dimaklumkan, Insya Allah taala dengan izinnya kita akan meneruskan siri pengajian Kuliyah Maghrib pada malam ini dengan mempelajari Kitab Mau'izatul Mukminin, karangan Imam al-Ghazali r.h.. 
بارك الله لي ولكم في القرءان العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذكر الحكيم وتقبل مني ومنكم تلاوته إنه هو السميع العليم . أقول ما تستمعون وأستغفر الله العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات , فاستغفروه , فيا فوز المستغفرين ويا نجاة التائبين .

No comments:

Post a Comment